Friday, July 19, 2013

Kecik- Kecik Dulu . (Episode: Aku & Tempe Mentah)

Salam peeps! Salam Ramadhan Yang ke 9..
Alhamdullilah... ;)

11.35 pagi... office sunyi yang amat... bukan tak der orang.. ada orang tapi semua duk khusyuk buat keje yang aku pulak sebok berblog... hahaha.... rileks... aku berblog ni pown menyambil... :P

Dalam kesunyian ni yang hanya boleh dengar bunyi air cond saje.. tetibe bole teringat plak masa kecik-kecik dulu suka makan tempe mentah (means tempe yang tak digorang lagi tu), main pisau cukur ayah sampai berdarah dagu, main atas katil lompat-lompat sampai masuk spital.. haha :P
(setan jugak aku mase kecik.. he..he..)

ok.. start dengan makan tempe mentah.. aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu dalam darjah 1 gitu lar.. ibu & ayah amek tender meniaga kat kantin kat sekolah aku dulu.. so kire time rehat aku makan free lar sebab dah mak pak ak yang niaga... tak kan lar dengan anak darjah 1 pown nak berkire.. yew dak?
ha.ha..

so.. bile time rehat tu.. aku bole amik jew makanan yang aku nak makan (anak tokey la katakan).. disebabkan masa tu ibu sibuk melayan cikgu & pelajar yang tengah rehat jugak.. aku kena lar amik sendiri makanan aku...

makanan feveret aku.. TEMPE... wajib! sampai ke-tua ni pown kalau lama sangat tak makan tempe jadi meroyan aku dibuatnya.. haha.. jadi time tu aku memang tak nampak kelibat makanan feveret aku time tuh...
tetibe aku ternampak ada satu dulang tempe yang tak bergoreng lagi... (heaven dah rasa time tu nampak tempe.. hahaha... macam upin & ipin nampak ayam goreng :P)... aku terus capai berapa keping letak dalam piring.. duk dekat meja makan pegi amek sirap duduk balik makan...

Dalam sedap khusyuk sangat makan, tetibe dengar suara ibu dekat dapor kantin

' kakak, makan apa tu?'

'tempe.. bu!'

'eii... tempe kan belom goreng lagi.. kenapa makan??.. kan ibu dah siapkan soto kat meja tu'

' soto? ibu tak cakap pon..' sambil mata melilau nengok atas meja..

Dengan segera ibu datang capai tempe yang belom goreng dari tangan aku...

' nanti sakit perut... makan soto tu'

'ala.. ibu... nak tempe sikit'

'nanti lepas goreng ibu bagi.. dah makan soto tu'

itulah kasih seorang ibu yang tak mahu aku sakit perut... walaupun aku 'frust' time tu tak dapat makan tempe mentah punye pasal... hahaha..

ok.. sampai sini dulu cerita...
sok- sok aku sambung menaip balik... hehe..

TQ bebanyak sape yang sudi bace ;)


 
Lawak Pak Mat Tempe by Allahyarham Sudin ;)


Tuesday, July 16, 2013

Seminggu Berpuasa.... :)

Assalamualaikum...

Macam ne kawan-kawan punye puasa ok tak?? hehe... ada yang dah ponteng :P

Alhamdullilah cukup seminggu dah kita berpuasa.... setakat ni sihat alhamdullilah.. Allah S.W.T permudahkan puasa kita... :)
Dalam seminggu ni tak ada apa yang nak diceritakan semuanya sama seperti puasa-puasa sebelum ni... :P
Kali ni sudah masuk kali kedua aku sekeluarga berpuasa di rumah baru kami kat Bagan... so persiapan raya kali ni memang banyak la nak kena buat... huhu...

Serba sikit awal-awal puase ni dah start sikit-sikit macam ibu and ayah dah sibuk beli langsir.. haha.. terasa macam meriah jew raya ni.. haha..

terasa ingin nak buat kuih raya.. sebab ni first time aku nak buat kuih raya... hehe... sebab sebelum nih beli jew.. kali ni nak raya dengan biskut buatan sendiri... ok apa? kira ada kemajuan jugak lar aku nih dulu tak reti lar.. apa larh... sekarang ni kira aku ada inisiatif nak buat.. hehe.. bukan  nak 'show off' ' tapi bole berjimat jugak kan daripada membeli kuih raya 'tunjuk' disamping dapat rasa kepuasan buat sendiri.. ye dok.. haha..

tapi aku tak pikir lagi nak buat kuih apa.. just dok usha-usha lar jugak resepi online... biskut apa yang senang dibuat & sedap dimakan... mengemas rumah dah jugak lar start sesikit... kang start sekarang mengemas confirm berhabuk balik... rilek lu.. baru seminggu berpuasa kan... ;)
..............

Citer balik pasal seminggu puasa ni apa jew menu makan korang masa sahur atau buka.. yang paling wajib lar menu tuk bulan puasa ni....

Macam family aku ada satu menu wajib kene buat setiap sahur.. kalau tak alamat tak habis la lauk sahur tu.... pepagi buta masa sahur tu wajib goreng keropok ikan... kate nyew sebagai pembuka selera... (adik aku yang cakap ae,aku tak..)

Benda ni kalau tak de time sahur.. bole jadi gadoh aku adik beradik... heh..

Sebenarnya aku tak de lar ralit sangat kalau tak de keropok nih... bile adik beradik aku dah amalkan so aku yang tukang goreng nih sekali dah terikot makan jugak... -_-

Time buka laen menu nyer pulak..... wajib ada ni ha... Jempot-jempot bawang or bilis... (Johorean panggil jempot-jempot)... yang laen panggil cekodok kan... hehe...


ni tak de.. confirm ayah bebel :P
so, sepanjang bulan puasa ni... stok tepung & keropok mesti ada.. WAJIB!.. haha
ok.. sampai sini dulu nanti aku sambung entri laen plak... hehe... ;)

p/s: Selamat Berbuka Puasa Semua... jangan makan lebih sangat nanti dah x larat nak pergi teraweh... hehe...bye... B)



Tuesday, July 2, 2013

Tak Sabar Nak Puasa.. n_n

Salam kengkawan...

Tinggal bape hari lagi jew nak puasa.. rasa macam sekejap sangat.. huhu.. lepas tu raya pulak.. aishh.. banyak benda nak fikir sebenar nyew nih..  tapi semoga Allah S.W.T permudahkan urusan harian kita dan kuatkan semangat kita untuk menempuhi dugaan di bulan Ramadhan nanti....

 Sebelum Ramadhan datang... check balik ap yang x buat lagi sebelum puasa ni...

# dah ganti puasa habis x?.. hehe.. x kire lar lelaki ke perempuan ke? kene ganti jgak klau lambat ganti kene bayar fidyah ganti puasa pown yew jgak... hehe

# betulkan niat... niat supaya di bulan Ramadhan nanti kita dapat mengharungi keadaan puasa dengan penuh rasa syukur & sabar dengan dugaan yang akan datang kat kita yang penting kita kena bersedia...

# buang yang keruh ambil yang jernih... maksud nya yang baik amik dijadikan tauladan yang buruk buang kat tong sampah jangan pikir nak amik balik ae yang buruk tu... :P , maafkan sesiapa saja yang berbuat salah kepada dan kita pon sama maafkan orang tu dan minta maaf kepada orang tuan atau pown sesiapa saja yang kita rasa ada buat salah kat diorang.. hehe...





p/s: bersiap sedia ! hehe.. :P

Monday, July 1, 2013

Kebahagiaan Dalam Pencarian ;)

Credit from I <3 Islam

“Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”
“Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” jawab saya.
“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu…
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya… insyaAllah! <3
P/S: untuk pedoman diri ini yang serba kekurangan...  semoga Allah S.W.T meredhai setiap perbuatan & tutur bicara kita seharian.. aminnn... ;)