Monday, November 10, 2014

Jangan Putus Asa

Assalamualaikum....

Macam dah jadi kebiasaan pulak bila update blog sebulan sekali...
Maaf... Bukan sengaja tak nak update... Cuma saya belum ada story yang cukup menarik untuk dikongsi... 😊

Semakin dewasa ni.. Semakin banyak dugaan yang perlu ditempuhi...
Baru-baru ni saya dipanggil untuk menduduki 'exam' kemasukan ke perkhidmatan awam...

Mungkin bukan rezeki saya untuk ke peringkat seterusnya... Saya redha dengan keputusan yang diberitahu... Walaupun saya sedikit kecewa... Tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku... Yang penting saya tak nak putus asa... Mahu mencuba sehingga dapat apa yang dihajati... Chaiyok!!! 🙋

💖💖💖

Sedikit tazkirah yang saya dapat Dari buku peninggalan arwah nenek..

REZEKI KITA TERBUKA LUAS

Rezeki ada dimana-mana. Seperti kata pepatah, ulat dalam batu pun boleh cari makan, apa lagi manusia yang mendiami bumi yang dipenuhi oleh tumbuhan, makanan, udara & air.

Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jalan dan apabila hujan turun mereka berteduh di dalam gua. Seorang daripada mereka bertanya : "Siapa engkau hai hamba Allah?"
Soalan itu tidak dijawabnya... Rakannya bertanya lagi : "Mungkin dia lapar."

Mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata:
" Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah SWT memberi rezeki kepada hambaNya di mana sahaja  berada dan bagaimana keadaannya".

Sebuah lagi cerita menceritakan mengenai Ibrahim Adhan sehingga dia bertaubat. Kisahnya berlaku apabila dia berburu. Apabila dia penat, dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya. Tiba-tiba hinggap seekor  burung sebesar burung gagak di depannya mematuk roti dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.

" Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Demikian tahulah saya bahawa Allah SWT tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan."

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah SWT dan menuju Makkah Tampa membawa bekal sedikitpun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Tamat.. 😘

InsyaAllah saya update blog lagi ae.... 😚😘