Tuesday, November 21, 2017

Perempuan , Fitrah dan Hati

Assalamualaikum....


Hari ini saya nak 'share' something pasal makhluk yang bernama PEREMPUAN...
Kenapa PEREMPUAN? Sebab aku pon tergolong dalam makhluk ni jugak...
Menjadi PEREMPUAN ini fitrah, fitrah yang akan dibawa menjadi amanah dari Allah yang seterusnya untuk memilih jalan hidup yang baik atau yang buruk..

Ya!... hidup memang pilihan... bukan mudah menjadi makhluk bernama PEREMPUAN dan begitu senang juga menjadi makhluk bernama PEREMPUAN.... cuma aku banyak tekankan pada PEREMPUAN... sebab dalan Al-Quran banyak surah mengenai PEREMPUAN.. dan Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda :

" Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya ialah 'fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita "

(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dan... Lelaki pun sama ada kala tidak mudah menjadi LELAKI  dan adakala mudah untuk menjadi LELAKI... jadi Tuhan memang Maha Adil... kerana setiap hambaNya yang Allah cipta mempunyai aturan yang berbeza... takkan sama... sebab masing - masing  mempunyai kekuatan , keyakinan, kesabaran, dan ketabahan yang berbeza-beza. Kita sebagai hamba diuji sesuai dengan kemampuan masing-masing...

Pada masa dahulu, sebelum kedatangan Islam..sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW , kaum perempuan direndahkan martabatnya, setiap bayi perempuan yang lahir akan dibunuh dengan cara ditanam hidup-hidup... dan setelah kedatangan Islam, Islam mengangkat taraf kaum wanita menjadi mulia kerana syurga seorang LELAKI terletak pada tapak kaki seorang wanita yag dipanggil UMMI, IBU, MAK, MAMA, MOMMY dan sebagainya.. hebatkan?

Kaum Hawa ini Allah ciptakan untuk lengkapkan hidup makhluk bernama lelaki , Kaum Adam... berpasang-pasangan dan untuk mengimbangi kehidupan di dunia sebab tu Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam A.S... kenapa tulang rusuk? kenapa Allah tak ciptakan Perempuan daripada bahagian yang lain Nabi Adam A.S?


"Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan".

(HR. Bukhari dan Muslim).



"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".
(Al-Qur'an Surat 4 An-Nisaa' Ayat 1).


Perempuan walau nampak kasar macam orang lelaki tapi sebenarnya hati perempuan ni lembut dan rapuh. Seperti kepingan seramik yang nipis... apabila dipegang tidak boleh terlalu kuat kerana ia akan pecah.. tidak boleh terlalu lembut kerana ia akan terlepas dan pecah begitulah ibarat hati seorang perempuan sebaliknya ia perlu dijaga... itulah fitrah seorang perempuan yang diciptakan oleh Allah daripada tulang rusuk.

Sunnah Rasulullah SAW lemah lembut terhadap wanita,
Rasulullulah SAW sangat cermat apabila berbicara dengan kaum perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Baginda melarang umat Islam untuk menyakiti apatah lagi menzalami mereka. Dalam peperangan pun, kaum wanita tidak dibenarkan dibunuh tanpa sebarang sebab.

Nabi mengibaratkan wanita seperti kaca-kaca sifatnya rapuh dan mudah pecah. Perempuan sinonim  dengan sifatnya yang lembut, sensitif, serta lemah sifatnya berbanding lelaki untuk menjaga serta melindungi golongan wanita sebaik-baiknya.

Baginda sangat prihatin terhadap kaum wanita baik dalam urusan dunia mahupun akhirat. Baginda akan meluangkan masa untuk mengajar ilmu agama kepada isteri dan kaum wanita lainnya. Sedaya upaya baginda membentuk para wanita menjadi golongan yang dipandang mulia, berilmu dan solehah.

Rasullulah SAW sering membela wanita yang lemah. Sebahagian besar isteri baginda ialah janda yang kesusahan. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari atau mencederakan isterinya walaupun ketika dalam keadaan marah.

Kesimpulannya, fitrah menjadi wanita ni berbeza dengan kaum lelaki hati mereka kuat walaupun dipandang lemah. Ada pepatah mengatakan susah untuk lelaki menjadi setabah wanita... tapi sejauh mana pepatah membuktikan kaum wanita itu lebih tabah... Wallahualam... hakikatnya hati perempuan memang halus dan sukar difahami oleh kaum lelaki, lagi lembut dan perlu ada cara untuk menangani hati seorang wanita .

<3 Nas_Shafie