Monday, November 10, 2014

Jangan Putus Asa

Assalamualaikum....

Macam dah jadi kebiasaan pulak bila update blog sebulan sekali...
Maaf... Bukan sengaja tak nak update... Cuma saya belum ada story yang cukup menarik untuk dikongsi... 😊

Semakin dewasa ni.. Semakin banyak dugaan yang perlu ditempuhi...
Baru-baru ni saya dipanggil untuk menduduki 'exam' kemasukan ke perkhidmatan awam...

Mungkin bukan rezeki saya untuk ke peringkat seterusnya... Saya redha dengan keputusan yang diberitahu... Walaupun saya sedikit kecewa... Tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku... Yang penting saya tak nak putus asa... Mahu mencuba sehingga dapat apa yang dihajati... Chaiyok!!! 🙋

💖💖💖

Sedikit tazkirah yang saya dapat Dari buku peninggalan arwah nenek..

REZEKI KITA TERBUKA LUAS

Rezeki ada dimana-mana. Seperti kata pepatah, ulat dalam batu pun boleh cari makan, apa lagi manusia yang mendiami bumi yang dipenuhi oleh tumbuhan, makanan, udara & air.

Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jalan dan apabila hujan turun mereka berteduh di dalam gua. Seorang daripada mereka bertanya : "Siapa engkau hai hamba Allah?"
Soalan itu tidak dijawabnya... Rakannya bertanya lagi : "Mungkin dia lapar."

Mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata:
" Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah SWT memberi rezeki kepada hambaNya di mana sahaja  berada dan bagaimana keadaannya".

Sebuah lagi cerita menceritakan mengenai Ibrahim Adhan sehingga dia bertaubat. Kisahnya berlaku apabila dia berburu. Apabila dia penat, dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya. Tiba-tiba hinggap seekor  burung sebesar burung gagak di depannya mematuk roti dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.

" Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Demikian tahulah saya bahawa Allah SWT tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan."

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah SWT dan menuju Makkah Tampa membawa bekal sedikitpun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Tamat.. 😘

InsyaAllah saya update blog lagi ae.... 😚😘

Saturday, September 20, 2014

Hadapi Dengan Senyuman :)

Assalamualaikum... :)

I'm back for a while... hehe.. setelah hampir sebulan menyepikan diri...
Alhamdullilah saya ok dan sihat...

Banyak benda yang saya nak kongsi dan bercerita... cuma masa yang tak mengizinkan.. tapi saya cuba curi masa sikit untuk lepaskan rindu.. lama dah tak ber'blog' punya pasal.. (ayat gelabah :P )

Pada 11/9 haritu, genaplah sebulan arwah nenek pergi meninggalkan kami sekeluarga... masih terasa kehilangan.. tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya.. so hadapi semua dugaan yang Allah SWT beri dengan senyuman.. . Al- Fatihah..

Lately, saya banyak berfikir.. tak tahu kenapa???

Mula-mula sebab kesedihan... tambah lagi dengan dengan insiden MH370 & MH17.. makin bertambah rasa sedih tu.. may be sebab saya baru lepas 'kehilangan'...
Walau macam mana pun saya kena kuatkan diri juga.. kena lupakan dan banyakkan berdoa untuk arwah... kadang-kadang  rasa rindu dengan arwah mane tak nyew saya membesar dengan arwah.. segala ajaran dan teguran yang arwah tinggalkan  masih segar dalam ingatan ... Dulu yew memang  ada rasa kenapa arwah selalu marah dan tegur sebab may be arwah tak sayang ... tapi bila dah besar saya tahu setiap nasihat dan teguran arwah tu lah yang buat diri ini jadi manusia... Semakin besar bila  duduk jauh dengan arwah seriously saya akan rindu bebelan arwah dan masa tu juga saya akan call arwah untuk dengar suara.. tapi sekarang hanya tinggal kenangan.. hanya mampu berdoa dan mengamalkan segala ajaran arwah.. :')

Kedua, berfikir pasal sikap manusia... erm.. entahlah ini may be terkesan daripada 'Dugaan Di Tempat Kerja' agak nyew.... biasa lah kalau bekerja bawah orang ni memang bermacam-macam kerenah yang kita kena hadapi... yang menentukan cuma tahap kesabaran kita.. ataupun aku belum cukup matang dalam menghadapi semua dugaan di tempat kerja... sekarang ini saya cuba untuk positifkan fikiran... bak dalam lagu 'Hadapi Dengan Senyuman' yang dinyanyikan kumpulan Dewa tuu... hehe...
Saya belajar perkara baru... dalam perkerjaan... firstly, ikhlas dan jangan berkira, dua.. berlaku jujur dan yang ketiga jangan cepat melatah dan takut... maksud saya takut tu.. selagi kita melakukan perkara yang betul dalam menjalankan tugas dan tak menyalahi undang-undang tak payahlah takut dengan kawan-kawan kita yang kaki bodek kew apa kew.. hehe... :P

oklah... dan Alhamdullilah... sempat jugak saya ber'blog'...
Insha Allah akakn datang... saya storie morie lagi...
Bye :)

Luv n XOXO,
Nas Piee



Dewa19 - Hadapi Dengan Senyuman

Monday, August 18, 2014

Menyepi Diri...

Assalamualaikum semua...

Maaf yang tak terhingga.. terlalu lama menyepikan diri dari dunia blog..
Sampai dah terlepas Ramadhan & dah terlepas setengah bulan Syawal.. tapi saya masih lagi tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca blog saya.. harap dapat diampun segala salah dan silap.. harap kosong~kosong ;).. raya sebulan kan?
hehe..

Tahun 2014 ni.. masih tahun yang sedih buat saya sekeluarga...
Pada 11 Ogos yang lalu saya kehilangan nenek (HAJAH MAIMON BT YUSOF) tercinta yang pergi menyambut seruan Ilahi....
AL-FATIHAH..

Maaf sekali lagi.. buat masa ni saya belum ada apa-apa idea untuk update story... InsyaAllah akan datang saya cuba untuk adakan story untuk tatapan korang semua.... ;)

xoxo,
Luv Nas Piee :)




Friday, June 6, 2014

Sepuluh Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Athsauri berkata :

Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

* Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.

* Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

* Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat ( Sunat Tahyatul Masjid ).

* Seorang yang berjalan melalui kawasan perkuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli 
   kubur.

* Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

* Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa
   daripadanya.

* Dua orang yang bertemu di perjalanan dn masing-masing tidak bertanyakan nama kawannya itu.

* Seseorang diundang ke jamuan tiba-tiba dia tidak datang.

* Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

* Seseorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberikan 
   makanannya itu.

Hadith Riwayat Al-Khatib, Rasulullah S.A.W bersabda :

" Aku dibangkitakan dengan (membawa) agama yang lurus lagi mudah (ringan) dan barangsiapa menyalahi
  akan sunnah-Ku maka bukanlah ia daripada-Ku".


DOA MEMOHON RAHMAT ALLAH S.W.T :

" Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau
tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya kami menjadi
orang-orang yang rugi."


FIRMAN ALLAH S.W.T , SURAH AL-NISA (AYAT 79) :

" Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan ) yang Engkau dapati maka ia adalah
dari Allah; dan apa jua bencana menimpa mu maka ia adalah dari  ( kesalahan ) diri
sendiri. Dan kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad ) kepada seluruh umat
manusia sebagai seorang Rasul ( yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi
saksi ( yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."



Credit from: Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran

#selfremind #insyaallah #trytobebetter

Wednesday, May 21, 2014

To Orang Yang Makan Gaji.. ;)

As'salam Peeps...

Already pukul 1.58 pg, 22 May 2014... mata tak mengantuk lagi sebab baru bangun tidur dari lepas maghrib tadi.. lama sangat tidur.. hehe.. mengantuk sesangat..

Ok.. aku nak share something yang aku jumpe kat dalam file lama-lama company aku.. so aku rase this things sangat menarik for our self motivate & reminder to our self too while doing our job... hehe...
Then aku tampal this things kat dinding office as pembakar semangat apabila kita nak memulakan pekerjaan.. hehe..

nak attach 'pic' takot tak nampak so saya taip.. ok..

Bismillahirahmanirrahim..

LET US SHARE WHAT DATUK DR. FADILAH KAMSAH USED TO SAY:


" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'BIASA' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'BIASA' saja hasiulnya adalah 'BIASA' saja, sesispa yang datang dengan ceria hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilakan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita . Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan InsyaAllah.."

JADI RENUNGKANLAH...

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungajawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa
    hasilnya macam 'TAK DATANG KERJA'.
2. Ada kala kita rasa 'BUSY GILER, RUPANYA KITA HANYA KELAM KABUT'.
3. Ada kala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Ada kala kita rasa OPEN MINDED atau OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
5. Ada kala kita rasa kita berfikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta
    KRISIS.
6. Ada kala kita rasa kita ingin MENJADI LEBIH MESRA tapi rupanya kita lebih menjadi MENGADA-
    NGADA.
7. Ada kala kita suka bertanya ' KENAPA DIA NI MACAM TAK DE KERJA', adalah lebih baik kita 
    tanya ' APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT ?'.
8. Ada kala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK & BERDEDIKASI tapi cuba tengok 
    sedalam -dalam selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat boss, 
    kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri & tak siapakan kerja) , kita sebenarnya patut
    terima hakikat betapa kita lebih teruk daripada anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata & renung lah diri, kalau kita melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukan lah segera.. tapi manusia tetap manusia.... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... 
ADAKAH DENGAN MERASAKN ITU KITA SEMEMANGNYA TERBAIK ?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain..

TAK DAPAT GAJI LEBIH PUN TAK APA SEBAB PAHALA DAPAT...
KITA WITHDRAW KAT AKHIRAT NANTI..
TAPI KALAU KITA ASYIK DENGKI MENDENGKI... 
NASIB LA SEBAB SUDAH DITENTUKAN JALAN YANG SUKAR ITU YANG KITA PILIH...

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya.

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Credit From: Datuk Dr. Fadhilah Kamsah

#selfremind  #motivate #insyaAllah #dothebest


Thursday, May 15, 2014

Anak-anak Bulus Ku... ;)

As'salam Peeps!

Harini bosan & tak ada idea nak menaip cerita.. so aku nak tayang anak-anak bulus aku.. yang sekian lama aku tatang sampai jadi gemok.. hehe...

Nama saya Sayang... ni saya kecik lagi baru umur sebulam ;)

Hai.. Saya Sayang dah besor sikit.. mate kte pon besar jgak.. hehe

OK.. bye!.. hehe

#bosan #xdekeje #sayangkucing

Monday, May 12, 2014

Orang Lain Yang Tak Betul atau Kita Yang Tak Betul??

As'salam Peeps!

Hope korang sihat-sihat walafiat... Ok. This is 1st post di rumah baru.. hehe... korang nak nengok rumah baru?
tak yah lah.. aku tak de mase nak amek gambar... hehe.. nanti2 lah saya upload pic nyew..

Berkenaan topik di atas.. korang sedar tak sebenar nyew perkara macam ni selalu terjadi kat kita.. samada kita ni buat perkara yang betul atau tak atau orang lain yang tak betul sebenar nyew... hehe.. jangan 'confius'.. sila baca dengan tenang ae post saya.. :P

Contoh saya bagi situasi dimana anda semua melakukan sesuatu perkara itu atas dasar arahan dan anda menyampaikan dengan baik sekali tapi sesetengah pihak menganggap tindakan anda sesuatu yang kurang betul dan menyusahkan padahal anda 'just' menyampaikan arahan dari pihak atasan.. so dalam situasi ni siapa yang betul? and siapa yang tak betul?


Situasi kedua.. anda melakuakan sesuatu perkara mengikut logik fikiran anda dan anda merasakan apa yang anda buat tu betul tetapi orang tak terima perkara yang anda buat tu betul nak mengatakan anda tak betul dan menyebabkan anda marah dan anda mengatakan orang tu tak betul.. so mane satu yang betul? Anda atau orang tu yang tak betul?

Situasi ketiga... ada orang yang melakukan perkara betul dan merasakan betul tapi lama kelamaan kita bosan dengan perkara betul yang orang buat.. sekali sekala nak jugak buat perkara tak betul bukan selalu .. haha.. so dalam situasi macam ini.. sape yang tak betul? :P

Dalam erti kata lain.. kita jugak ada tak betul nyew.. kita manusia biasa dan hamba Allah SWT... selau buat kesilapan apatah lagi dosa kn?

sebab tu kita janga sibuk nak menilai dan berburuk sangka dengan orang lain.. sedar diri sendiri dulu... nilai peribadi diri dulu sebelum menilai orang lain...

Kalau yang jenis tak sedar diri tu tak tau la nak kata ap.. bawak2 bertaubat... ingat siapa kita pada Allah SWT...

Allahualam...

W'salam.. sambung lain kali... hehe..
Bye!

#peringatanuntukdirisendirijugak  #positifkanminda  #syukur  #alhamdullialh



Tuesday, April 29, 2014

Sibuk + Penat + Sabar = InsyaAllah Boleh Buat :)

As'salam Peeps!

Hope korang sihat-sihat selalu... sekejap nyew dah penghujung bulan April 2014...
& there's a lot of things to do.. tak nafikan semua berkaitan dengan kerja!.. kerja! & kerja!
memang tak ada benda lain.. Aku bersyukur mungkin ini rezeki aku.. ;)

By the way, bulan ini aku last stay kat rumah ni.. Will moving out to new house...
Penat memang tak terkata... just sabar.. InsyaAllah boleh buat punya.. :)

Last week baru balik dari Johor Bharu lepas tu Selangor...

Masa di Johor Bharu banyak perkara baru belajar dan tak lain tak bukan memang melibatkan kerja..
Maklumlah... I'm still freshie in that company.. so there a lot of things that i need to learn...

Full of records.. & lots of records! .. huh.. -_-'
but I take that as an experience.. ok.. ;)

Then masa kat Selangor.. just teman En. Ayah pergi cari barang spare part kereta En.Ayah..
Tak nafikan En. Ayah anggap keretanya seperti anak ke-empat :P

Lalu di Shah Alam... Teranampat Menara SAAS mercu tanda UiTM Shah Alam.. (betul tak?)Teringat setahun lebih yang lalu.. sekejap nyew masa berlalu.. Totally missed zaman study dulu-dulu... Member-member sekarang pon ramai yang dah berumah tangga, ada yang on da way nak berumah tangga.. Aku?? hehe... InsyaAllah.. Ada jodoh tak kemana.. semuanya ketentuan Ilahi...

Banyak benda nak bercerita ni.. tapi disebabkan sekarang dah pukul 2.47 pagi.. & esok nak kerja... nanti2 aku sambung.. hehe.. InsyaAllah ;)

# rinduzamanbelajar #bilanakkawen #insyaAllah


MENANGISLAH....

jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan.

Adakala keinsafan datang setelah berdosa,
lalu hati terasa sangat gelisah tidak terkata,
bimbang tidank sempat menebus segala noda,
biarpun taubat penuh linangan air mata.

Namun tetap malu pada Yang Maha Esa,
Moga segala dosa Allah ampuni dan terhapuslah derita.

Menangislah, jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan,
membibitkan keinsafan,
menambahkan ketaatan,
menghasilakan kebahagiaan.

Mengalir air mata syukur, menyedari setiap ujian
bukti sayang Allah SWT.

Bila hati ada Allah SWT dan tidak pernah lelah,
Begetarlah ia kala menyebut nama Allah SWT,
Baik ketika diuji dengan kesenangan mahupun susah,
Hati tiada lagi resah, akan tersa indah,
dalam ketenangan iman.

Tiada yang indah melainkan dicintai Allah SWT,
dan sentiasa mendapat keredaan-Nya,
Tiada yang membahagiakan melainkan disayangi
dengan penuh keikhlasan di hati.

#COPYPASTE
(Solusi, April 2014)


Friday, April 11, 2014

A.P.R.I.L

Salam Peeps!

Lebih kurang sebulan jugak lah tak update apa-apa pon.. sorry guys.. little bit busy..
Busy dengan kerja... busy dengan rumah...
Dalam sebulan ni jugak macam-macam jadi...
Nak pindah rumah la, kerja semakin bertambah, urusan keluarga la.. macam-macam2.. sampai tak menang tangan dibuat nyew.. hehe..

However, aku rempuh jugak dugaan aku tu semua...
And banyak bende jugak nak diceritakan cuma sempat tak sempat jew nak update entri dalam blog... tapi aku akan cube luangkan masa jugak... ;D
No worries..
Cume korang kena bersabar sikit...hehe

Ingat senang nak tulis blog ni.. tak de idea tak bole nak taip taw.. kalau dipaksa-paksa jugak kelain pulak ceritanya.. :P
Tapi aku tabik kat Blogger Warriors yang selalu update dalam masa 5-10 minit diorang bole ada idea nak tulis macam-macam cerita sama ada berkaitan dengan diri diorang ataupun tak... hebat tu! Padahal cerita nyew just 'Bawak bekal pegi Ofis'.. hehe.. diaorang boleh goreng cerita tu ibarat bekal tu dimasak oleh master chef.. hehe..

Kalau aku seminggu tak de idea.. tak de la update nyew..kalau sebulan.. sebulan lah jawab nya aku punye blog bersawang.. haha..

Ok, aku sampai sini dulu.. sebagai warm up untuk April ni.. InsyaAllah ada masa aku bagi korang cerita baru.. hehe.

BYE.. SALAM ;)




Wednesday, February 19, 2014

Tanda Amal Tidak Diterima Oleh Allah SWT

Siapa yang melakukan empat perkara kemudian dia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.

* Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak
   diterima Allah SWT.
*Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya
  puasanya tidak diterima.
*Orang yang menunaikan haji kemudian tidak bertambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima
  amalan hajinya.
*Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amalan perbuatannya, maka itu tanda bahawa
  dosa-dosanya belum ditebus.

Seorang hakim berkata :

Siapa yang mengaku 3 perkara di bawah, maka dia ditertawakan syaitan:

* Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat padahal dia cinta pada dunia.
* Siapa yang mengaku redha pada Allah SWT padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
* Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

Tanda seseorang itu telah tertipu ada 3:

* Mengumpulkan sesuatu yang tidak berguna baginya.
* Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
* Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

Tanda orang yang mengharap kepada Allah SWT itu juga ada 3:

Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingat Allah SWT).
* Lidahnya untuk berzikir.
* Badannya untuk beramal.


“Dan sesungguhnya, Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu…” (QS. Muhammad: 31)



Sunday, February 16, 2014

Pupuk Memupuk Kembali Minat Membaca

Salam Peeps!

Harini aku terlebih rajin nak update blog lagi... hehe... nak tanam sikap 'blogging addict'... bukan nyew untuk keburukan tapi untuk 'share' ilmu & pengalaman yang aku ada... Yup! Semua orang ada pengalaman tapi setiap orang Allah SWT tuliskan takdir seseorang dengan jalan cerita yang menarik & 'adventure'... Erm.. mesti ada segelintir korang yang rase 'life' korang tak menarik.. Jangan kata begitu... sebenarnya hidup korang menarik kalau korang penuh dengan rasa syukur dan tiada sikap putus asa dalam diri.

Buat hidup kita yang sementara kat dunia ni bermakna untuk tuhan, rasul, agama, keluarga & diri kita dengan manfaatkan segala aktiviti harian kita ke jalan yang diredhai. ;)

Ok.. sambung balik dengan 'title' kat atas... Lately ni aku gi 'mall'... kebiasaan 'habit' aku kalau gi 'mall' sorang-sorang, aku suka masuk POPULAR... usha-usha buku & novel... kot-kot ada yang menarik untuk dibeli.. hehe..

Kedai Buku POPULAR (sekadar hiasan)
ihsan : Google 
Then, sedang aku membelek-belek novel terbaru mata aku tertancap pada sebuah buku yang berunsukan islamik di rak bertentangan dengan rak novel yang aku belek tadi... Apalagi terus letak novel & belek-belek buku tu sambil tersenyum sendiri... keh.. keh..



Inilah buku yang menyebabkan aku letak balik novel yang aku belek tadi... hehe...Tajuk buku ni macam 'sweet jew' ISTIKHARAH CINTA  karya UMMU ANAS.

Dari apa yang aku baca dari buku ni.. buku ni sesuai untuk orang tengah mencari jodoh, yang tengah bercinta & yang dah berkahwin. Buku ini memberi pengajaran tentang cinta berlandaskan syariat Islam. Terdapat juga kisah-kisah dari zaman Rasullullah SAW yang dijadikan tauladan.

Aku tertarik dengan Bab 9 buku ni yang tajuknya MARI BERCINTA

" Kita tidak dapat menggembirakan manusia dengan harta. Namun, kita dapat menggembirakan manusia dengan wajah yang ceria dan akhlak mulia. Manusia secara tabiinya tidak boleh bersendirian. Manusia perlukan teman supaya dapat berkongsi rasa gembira dan sedih bersama.

Allah menciptakan manusia bersuku-suku dan berbagai bangsa, pastinya supaya mereka salinhg mengenali antara satu dengan yang lain. Lebih istimewa lagi, Allah menetapkan setiap Muslim saling bersaudara antara satu sama lain. Tidak dibolehkan menzalimi dan membebankan diri sesama Muslim.

Setiap Muslim digalakkan memenuhi hajat saudaranya. Kelak Allah memberi ganjaran dengan dikabulkan hajatnya pula. Allah juga menjanjikan setiap Muslim yang membantu saudaranya dalam kesusahan, pastinya mendapat bantuan daripada Allah di akhirat kelak. Selebihnya, siapa yang menutup aib dan kelemahan saudaranya, Allah pasti menutup aib dan kelemahannya pula. Itu adalah peringatan daripada Rasulullah kepada umat Islam, supaya saling berkasing sayang antara Muslim."

Ini antara petikan yang terdapat dapam buku ni.. kalau korang terjumpa buku ini kat mana-mana telaah isinya.. InsyaAllah... Istilah Cinta itu lebih meluas maknanya dan korang kenal apa itu cinta.. Cewahh..
Hehe...

Bye.. Jumpa in another post :)

Sunday, February 2, 2014

Everything Is Just The Beginning :)

Assalamualaikum Peeps!

Hope korang sihat2 selalu.. hehe...  baru berkesempatan nak update...
Baru-baru ni aku ditawarkan kerja kat syarikat yang dah lama bertapak kat Batu Pahat ni.. cuma aku jew yang tak tahu.. Headquarters syarikat ni terletak kat Taman Daya di Johor Bahru....
Alhamdullilah semua ni rezeki dari Allah SWT.

Aku pilih untuk mencari rezki di 'hometown' aku sendiri kerana aku rasa selesa berada dengan family aku... walaupun aku dapat tawaran dari luar 'hometown' aku yang 2 kali ganda lebih baik aku rasa berat hati nak terima bila terfikir ibu... huhu...

Bukan isu nya aku suka duduk bawah ketiak mak... isu nya ialah aku sorang anak perempuan ibu dan aku sorang kawan ibu yang paling rapat...

Ok larh... tak nak citer lebih2 nanti aku 'touching'.. hee..

Citer pasal tempat kerja baru... setakat ni alhamdullilah aku still dalam proses belajar and dah masuk 2 minggu pown aku kerja kat tempat baru... Semua ni baru permulaan bagi aku yang baru merangkak nak cari pengalaman.. InsyaAllah.. semoga Allas SWT permudahkan segala urusan harian aku.. aminnn...



Sunday, January 12, 2014

Buka Lebaran Baru (2014)

Salam Peeps!

Rase lama sangat dah tak update ni.. sampai dah masuk tahun baru dan harini masuk 12 January 2014.. Even though it's late.. I still want to wish Happy New Year.. So sorryy...

Lately ni, there something bad happened to me... dugaan yang Allah S.W.T bagi buat saya... and saya terima dengan hati yang terbuka...so dalam tahun yang baru ni.. saya cuba memperbaiki kelemahan diri saya & perbetulkan segala yang tak elok....huhu...

Buat sementara  sekarang ni... dah seminggu aku bergelar penganggur... still looking for a job... and cuba cari sampai dapat.. mudah-mudahan kerja yang sesuai dengan aku.. InsyaAllah....;)

However, buka buku baru tahun ni... InsyaAllah semoga Allah memberkati segala urusan dan permudahkan urusan kita di dunia & di akhirat.