Sunday, February 16, 2014

Pupuk Memupuk Kembali Minat Membaca

Salam Peeps!

Harini aku terlebih rajin nak update blog lagi... hehe... nak tanam sikap 'blogging addict'... bukan nyew untuk keburukan tapi untuk 'share' ilmu & pengalaman yang aku ada... Yup! Semua orang ada pengalaman tapi setiap orang Allah SWT tuliskan takdir seseorang dengan jalan cerita yang menarik & 'adventure'... Erm.. mesti ada segelintir korang yang rase 'life' korang tak menarik.. Jangan kata begitu... sebenarnya hidup korang menarik kalau korang penuh dengan rasa syukur dan tiada sikap putus asa dalam diri.

Buat hidup kita yang sementara kat dunia ni bermakna untuk tuhan, rasul, agama, keluarga & diri kita dengan manfaatkan segala aktiviti harian kita ke jalan yang diredhai. ;)

Ok.. sambung balik dengan 'title' kat atas... Lately ni aku gi 'mall'... kebiasaan 'habit' aku kalau gi 'mall' sorang-sorang, aku suka masuk POPULAR... usha-usha buku & novel... kot-kot ada yang menarik untuk dibeli.. hehe..

Kedai Buku POPULAR (sekadar hiasan)
ihsan : Google 
Then, sedang aku membelek-belek novel terbaru mata aku tertancap pada sebuah buku yang berunsukan islamik di rak bertentangan dengan rak novel yang aku belek tadi... Apalagi terus letak novel & belek-belek buku tu sambil tersenyum sendiri... keh.. keh..



Inilah buku yang menyebabkan aku letak balik novel yang aku belek tadi... hehe...Tajuk buku ni macam 'sweet jew' ISTIKHARAH CINTA  karya UMMU ANAS.

Dari apa yang aku baca dari buku ni.. buku ni sesuai untuk orang tengah mencari jodoh, yang tengah bercinta & yang dah berkahwin. Buku ini memberi pengajaran tentang cinta berlandaskan syariat Islam. Terdapat juga kisah-kisah dari zaman Rasullullah SAW yang dijadikan tauladan.

Aku tertarik dengan Bab 9 buku ni yang tajuknya MARI BERCINTA

" Kita tidak dapat menggembirakan manusia dengan harta. Namun, kita dapat menggembirakan manusia dengan wajah yang ceria dan akhlak mulia. Manusia secara tabiinya tidak boleh bersendirian. Manusia perlukan teman supaya dapat berkongsi rasa gembira dan sedih bersama.

Allah menciptakan manusia bersuku-suku dan berbagai bangsa, pastinya supaya mereka salinhg mengenali antara satu dengan yang lain. Lebih istimewa lagi, Allah menetapkan setiap Muslim saling bersaudara antara satu sama lain. Tidak dibolehkan menzalimi dan membebankan diri sesama Muslim.

Setiap Muslim digalakkan memenuhi hajat saudaranya. Kelak Allah memberi ganjaran dengan dikabulkan hajatnya pula. Allah juga menjanjikan setiap Muslim yang membantu saudaranya dalam kesusahan, pastinya mendapat bantuan daripada Allah di akhirat kelak. Selebihnya, siapa yang menutup aib dan kelemahan saudaranya, Allah pasti menutup aib dan kelemahannya pula. Itu adalah peringatan daripada Rasulullah kepada umat Islam, supaya saling berkasing sayang antara Muslim."

Ini antara petikan yang terdapat dapam buku ni.. kalau korang terjumpa buku ini kat mana-mana telaah isinya.. InsyaAllah... Istilah Cinta itu lebih meluas maknanya dan korang kenal apa itu cinta.. Cewahh..
Hehe...

Bye.. Jumpa in another post :)

No comments: