Wednesday, February 19, 2014

Tanda Amal Tidak Diterima Oleh Allah SWT

Siapa yang melakukan empat perkara kemudian dia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.

* Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak
   diterima Allah SWT.
*Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya
  puasanya tidak diterima.
*Orang yang menunaikan haji kemudian tidak bertambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima
  amalan hajinya.
*Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amalan perbuatannya, maka itu tanda bahawa
  dosa-dosanya belum ditebus.

Seorang hakim berkata :

Siapa yang mengaku 3 perkara di bawah, maka dia ditertawakan syaitan:

* Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat padahal dia cinta pada dunia.
* Siapa yang mengaku redha pada Allah SWT padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
* Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

Tanda seseorang itu telah tertipu ada 3:

* Mengumpulkan sesuatu yang tidak berguna baginya.
* Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
* Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

Tanda orang yang mengharap kepada Allah SWT itu juga ada 3:

Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingat Allah SWT).
* Lidahnya untuk berzikir.
* Badannya untuk beramal.


“Dan sesungguhnya, Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu…” (QS. Muhammad: 31)



Sunday, February 16, 2014

Pupuk Memupuk Kembali Minat Membaca

Salam Peeps!

Harini aku terlebih rajin nak update blog lagi... hehe... nak tanam sikap 'blogging addict'... bukan nyew untuk keburukan tapi untuk 'share' ilmu & pengalaman yang aku ada... Yup! Semua orang ada pengalaman tapi setiap orang Allah SWT tuliskan takdir seseorang dengan jalan cerita yang menarik & 'adventure'... Erm.. mesti ada segelintir korang yang rase 'life' korang tak menarik.. Jangan kata begitu... sebenarnya hidup korang menarik kalau korang penuh dengan rasa syukur dan tiada sikap putus asa dalam diri.

Buat hidup kita yang sementara kat dunia ni bermakna untuk tuhan, rasul, agama, keluarga & diri kita dengan manfaatkan segala aktiviti harian kita ke jalan yang diredhai. ;)

Ok.. sambung balik dengan 'title' kat atas... Lately ni aku gi 'mall'... kebiasaan 'habit' aku kalau gi 'mall' sorang-sorang, aku suka masuk POPULAR... usha-usha buku & novel... kot-kot ada yang menarik untuk dibeli.. hehe..

Kedai Buku POPULAR (sekadar hiasan)
ihsan : Google 
Then, sedang aku membelek-belek novel terbaru mata aku tertancap pada sebuah buku yang berunsukan islamik di rak bertentangan dengan rak novel yang aku belek tadi... Apalagi terus letak novel & belek-belek buku tu sambil tersenyum sendiri... keh.. keh..



Inilah buku yang menyebabkan aku letak balik novel yang aku belek tadi... hehe...Tajuk buku ni macam 'sweet jew' ISTIKHARAH CINTA  karya UMMU ANAS.

Dari apa yang aku baca dari buku ni.. buku ni sesuai untuk orang tengah mencari jodoh, yang tengah bercinta & yang dah berkahwin. Buku ini memberi pengajaran tentang cinta berlandaskan syariat Islam. Terdapat juga kisah-kisah dari zaman Rasullullah SAW yang dijadikan tauladan.

Aku tertarik dengan Bab 9 buku ni yang tajuknya MARI BERCINTA

" Kita tidak dapat menggembirakan manusia dengan harta. Namun, kita dapat menggembirakan manusia dengan wajah yang ceria dan akhlak mulia. Manusia secara tabiinya tidak boleh bersendirian. Manusia perlukan teman supaya dapat berkongsi rasa gembira dan sedih bersama.

Allah menciptakan manusia bersuku-suku dan berbagai bangsa, pastinya supaya mereka salinhg mengenali antara satu dengan yang lain. Lebih istimewa lagi, Allah menetapkan setiap Muslim saling bersaudara antara satu sama lain. Tidak dibolehkan menzalimi dan membebankan diri sesama Muslim.

Setiap Muslim digalakkan memenuhi hajat saudaranya. Kelak Allah memberi ganjaran dengan dikabulkan hajatnya pula. Allah juga menjanjikan setiap Muslim yang membantu saudaranya dalam kesusahan, pastinya mendapat bantuan daripada Allah di akhirat kelak. Selebihnya, siapa yang menutup aib dan kelemahan saudaranya, Allah pasti menutup aib dan kelemahannya pula. Itu adalah peringatan daripada Rasulullah kepada umat Islam, supaya saling berkasing sayang antara Muslim."

Ini antara petikan yang terdapat dapam buku ni.. kalau korang terjumpa buku ini kat mana-mana telaah isinya.. InsyaAllah... Istilah Cinta itu lebih meluas maknanya dan korang kenal apa itu cinta.. Cewahh..
Hehe...

Bye.. Jumpa in another post :)

Sunday, February 2, 2014

Everything Is Just The Beginning :)

Assalamualaikum Peeps!

Hope korang sihat2 selalu.. hehe...  baru berkesempatan nak update...
Baru-baru ni aku ditawarkan kerja kat syarikat yang dah lama bertapak kat Batu Pahat ni.. cuma aku jew yang tak tahu.. Headquarters syarikat ni terletak kat Taman Daya di Johor Bahru....
Alhamdullilah semua ni rezeki dari Allah SWT.

Aku pilih untuk mencari rezki di 'hometown' aku sendiri kerana aku rasa selesa berada dengan family aku... walaupun aku dapat tawaran dari luar 'hometown' aku yang 2 kali ganda lebih baik aku rasa berat hati nak terima bila terfikir ibu... huhu...

Bukan isu nya aku suka duduk bawah ketiak mak... isu nya ialah aku sorang anak perempuan ibu dan aku sorang kawan ibu yang paling rapat...

Ok larh... tak nak citer lebih2 nanti aku 'touching'.. hee..

Citer pasal tempat kerja baru... setakat ni alhamdullilah aku still dalam proses belajar and dah masuk 2 minggu pown aku kerja kat tempat baru... Semua ni baru permulaan bagi aku yang baru merangkak nak cari pengalaman.. InsyaAllah.. semoga Allas SWT permudahkan segala urusan harian aku.. aminnn...