Sentiasa muhasabah bermula bangun tidur, ditimpa musibah dan ketika solat.
Jika ditanya, umat Islam pasti mengakui mereka adalah hamba Allah SWT, tetapi siapa di antara kita yang pernah bermuhasabah dan bertanya pada diri sendiri sama ada selama ini kita dahulukan Allah SWT atau diri kita.
Bermula dari awal bangun tidur sehinggalah untuk tidur, berapa kali kita mengingati Allah SWT selain daripada solat wajib 5 waktu. Pernahkan kita bermuhasabah apakah yang telah dibuat sepanjang tempoh itu?
Jika ada, Alhamdullilah, tetapi andai tiada atau jarang sekali melakukannya, inilah saat untuk kita perbaiki diri. Rasullulah SAW mendidik umatnya dengan penuh hikmah dalam semua perilaku dan tindakan dibuat.
Baginda juga mendidik manusia berusaha mendapatkan keredhaan Allah SWT daripada sekecil-kecil perkara seperti senyuman ikhlas pada rakan sekerja sehinggalah sebesar-besar perkara seperti berkorban berjuang dalam peperangan menegakkan kalimah Allah SWT.
'Tidur sebagai Ibadah'
Dalam hal ini, beberapa panduan dibuat bagi membolehkan kita melihat dan mengetahui adakah kita hamba Allah SWT yang sentiasa mengingati serta mengagungkan-Nya. Pertama, lihatlah ketika hendak tidur kerana ketika itu kita leka daripada mengingati Allah SWT.
Pernahkah kita bertanyakan soalan, "Andai aku meninggal dunia ketika tidur, sempatkah aku bertaubat kepada-Nya?"
Tidur itu tidak salah, malah tidur adalah nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia seperti firman-Nya yang bermaksud :"Dan adalah kerana rahmat-Nya , Dia jadikan untukmu malam dan siang supaya kamu beristrehat pada malam hari dan kamu mencari sebahagian kurniaan-Nya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur kepada-Nya."
(Surah al-Qasas, ayat 73)
Rasulullah SAW mengangkat darjat tidur daripada hanya tabiat manusia kepada ibadah kepada Allah SWT. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat takwa mentaati Allah SWT. Oleh itu, hendaklah seorang hamba memerhatikan adab tidur supaya tidurnya tidak sekadar melepaskan lelah, tetapi sebagai ibadah.
Antara adab sebelum tidur yang seharusnya diamalkan adalah bersuci (berwudhuk), berniat melakukan ibadah (tahajud dan sebagainya), bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua Muslimin dan berazam tidak melakukan maksiat apabila bangun daripada tidur.
Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat dan tangan kanan diletakkan di pipi. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas.
Keduanya, adakah kita bangun dari tidur dengan penuh kesyukuran dan mengucapkan Alhamdullilah kerana masih bernyawa. Antara adab selepas bangun tidur ialah hendaklah bangun sebelum masuk waktu subuh, menyapu muka dengan tangan iaitu menyapu kesan tidur dari wajah, mengingati Allah SWT dengan menzahirkan rasa syukur, membaca doa bangun tidur dan bersegeralah berwudhuk serta mengerjakan solat.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 3)
Selain itu, manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan yang sering dilakukan ialah berfikir bahawa diri mereka sahaja yang paling malang dan menderita sehingga hilang semangat meneruskan hidup.
Hakikatnya, ramai lagi manusia yang menerima musibah malah lebih teruk lagi ujian mereka terima. Kata bijak pandai, "Usah mengeluh jika berjalan tanpa kasut, kerana ada yang berjalan tidak berkaki." Sesungguhnya, kayu ukur kepada kehambaan manusia terhadap Allah SWT adalah ketika manusia berjaya mengatasi musibah atau ujian dengan penuh kesabaran, ketakwaan dan kesyukuran kepada Allah SWT.
'Jadi Hamba Allah Sepenuh Masa'
Selain itu, faktor yang perlu diperhatikan dalam menilai diri sebagai hamba yang mengagungkan Penciptanya adalah ketika hendak mendirikan solat fardhu. Ketika solat, seorang itu berhubung terus dengan Allah SWT dan sepanjang mendirikan solat, mereka berdoa serta bergantung harap kepada-Nya.
Apa yang sering berlaku ialah ramai yang solat, tetapi akal fikirannya hanyut melayang dengan hal duniawi. Ada juga yang melakukan solat berdasarkan ikutan kerana malu dikatakan orang menyebabkannya terjerumus ke lembah keraguan, apatah lagi bagi mereka yang solat tanpa mengingati Allah SWT.
Jadilah hamba Allah SWT sepenuh masa, bukan separuh masa. Hadirkan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allalh SWT menerusi perbuatan dalam solat. Hal ini menimbulkan rasa seterusnya mewujudkan pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah SWT.
#copypaste
#agamaberitaharian
Ditulis Oleh:
Zalilah Ibrahim
Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

No comments:
Post a Comment