Tuesday, August 22, 2017

Jangan Memenjarakan Diri Sendiri- Prof. Dr. Muhaya

Jika menginginkan sesuatu tuliskan pada sehelai kertas.
Kemudian, bayangkan anda telah memilikinya. Namun, dalam masa yang sama, fikirkan adakah perkara tersebut bertepatan dengan kehendak Allah dan memberi manfaat kepada orang lain?

Jika nilai ukur ini dipenuhi, inshaAllah setiap hajat yang dipohon pasti akan dimakbulkan. Selalunya seseorang yang menginginkan sesuatu tetapi tidak memperolehnya setelah berusaha dan berdoa, kemungkinan individu tersebut mahukan sesuatu yang hanya memberi keuntungan kepada dirinya sahaja.

KEHIDUPAN YANG DIPENJARA

Inilah yang saya maksudkan sebagai kehidupan yang dipenjara. Mereka yang hanya menumpukan keinginan dan kehendak, maka lahirlah desakan yang kuat. Keadaan ini menyebabkan manusia berasa tidak cukup dan tidak puas dengan apa yang telah ada, seterusnya menghasilkan tekanan dan kekecewaan andai tidak dapat memenuhi keinginan tersebut.


PENJARA FIZIKAL 

1. Individu yang dipenjara secara fizikal,andainya reda dengan ketentuan, maka fikirannya akan 
    bebas.

2. Fikiran yang bebas daripada sebarang gangguan dan tekanan membolehkan individu ini 
    memperuntukkan waktu tersebut sebagai satu keadaan untuk bermuhasabah diri dan 
    mengembangkan minda.

3. Melalui kuasa minda yang positif, individu ini mampu pergi ke mana sahaja walaupun fizikalnya 
    terpenjara.


PENJARA MINDA

1. Cetusan fikiran yang menghalang seseorang untuk memahami dan melihat perkara baik yang ada 
    pada dirinya, sekali gus menghalang diri daripada bertindak dengan betul.

2. Fizikalnya bebas tetapi fikiran dipengaruhi dengan pelbagai virus minda yang memenjarakan 
    dirinya.


POSITIFKAN FIKIRAN

Setiap perkataan yang diutarakan merupakan sistem kepercayaan, sistem nilai dan tabiat yang boleh memenjarakan diri kita. Jika seseorang itu tidak membuat perubahan kepada fikirannya, maka dia akan sentiasa terbelenggu dalam penjara kehidupannya. Ini kerana dia gagal mengatasi sebarang unsur negatif yang melemahkan dirinya untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Individu yang mempunyai masalah dan gagal menyelesaikannya ialah orang yang terpenjara dengan kata-kata, tanggapan dan fikiran negatif daripada diri sendiri.

Masalah tidak dapat diselesaikan sekiranya pemikiran dan emosi tidak diperbetulkan. Hal ini kerana pemikiran dan emosi yang betul sahaja dapat menyelesaikan masalah dunia luaran.


SOLUSI isu 101

#bacaansaya

xoxo : nas_shafie


Wednesday, August 9, 2017

Self- Therapy (Terapi Diri)

Bismillahirahmanirrahim....πŸ’œπŸ’œπŸ’œ



Assalamualaikum....

Mengenai tajuk post kali ni mesti nak kata aku sedih.... erm... so takkan nak tipu pulak... normal as a human, dalam hidup mesti ada sedih , ada gembira, kecewa dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur baur... so the main point dalam post kali... is how to deal with those all negative feelings? dalam Bahasa Melayu nya macam mana kita nak tangani semua perasaan yang negatif tu.. tak salah ada perasaan sedih, menyesal , malu, kecewa dan macam-macam lagi sebab kita ni manusia tak sempurna... Yang salahnya bila kita terlalu berlebihan melayan perasaan tu... macam Rasulullah SAW cakap semua perkara yang berlebihan adalah tidak baik... jadi boleh melayan perasaan sebenarnya tapi berpada... sebab itu Islam mengamalkan agar berserdahana (wasatiyyah) dalam semua perkara...

Kadang Allah timpakan ujian pada kita sebab Allah nak bagi kita rahmat selepas ujian... ada ujian juga sebagai petunjuk dan pengajaran buat kita... Ingat.. bukan saja-saja Allah bagi ujian bersebab semuanya,, bersangka baik pada Allah dan aturan Nya.. dan Allah bagi ujian pada kita pada hal yang paling kita lemah... paling liat kita nak 'handle'...sebab tu kadang sesuatu perkara tak baik tu jadi berulang-ulang pada kita sebab kita belum belajar dan ambil iktibar disebalik ujian yang kita hadapi.. selagi kau tak 'deal' nak menghadapi masalah tu... selagi tu Allah akan bagi ujian yang sama untuk kau belajar....dan ujian yang Allah bagi pada kita takkan diluar kemampuan kita.. itu janji Allah.. πŸ˜‰

 Contoh kata kalau kita ni seorang yang panas baran.. Allah akan datangkan pada kita orang yang suka buat kita marah.... tak payah salahkan orang yang buat kita marah tapi... Allah hadirkan seseorang yang buat kita marah sebenarnya untuk macam mana kita 'deal' dengan baran kita... Marah itu kan syaitan... sebab tu kita digalakkan ambil wudhuk ketika marah atau minum segelas air πŸ’§dengan 'a'uzubillah himinas syaitaonnirajim' dan 'bismillahirahmanirahim'..


Contoh kedua macam aku... aku tak nafikan untuk sesetengah perkara aku ni kurang penyabar kalau boleh semua benda nak kalau ada silap sikit aku akan tanya kenapa macam tu? kenapa jadi macam ni? ia bukan kenapa? yang positif sebaliknya pertanyaan yang membawa perasaan tak puas hati... jadi Allah uji aku dengan hadirkan orang-orang yang selalu buat aku hilang sabar... serius... kalau kita tengah marah kita akan kata kita jew betul orang yang buat kita hilang sabar tu yang salah... cukup lama juga aku diuji dengan perkara-perkara begini sampai satu tahap... aku bertanya pada Allah, kenapa aku selalu hilang sabar...masa tu lah aku mula tergerak hati macam mana nak 'deal' dengan rasa kurang sabar... so lepas ni aku akan cerita macam mana aku 'deal' dengan negatif-negatif feelings ni semua...

Ok.. berbalik pada tajuk post di atas, ada beberapa 'method' yang aku gunakan kalau aku tengah sedih, kecewa , malu, menyesal, rasa bersalah, tak yakin dan macam-macam lagi perasaan-perasaan yang negatif.. so aku anggap semua 'method' ni sebagai self- therapy  diri aku untuk sentiasa tenang...inshaAllah πŸ˜‡


1. Solat awal waktu.... 

Dulu-dulu aku tak nafikan memang setiap waktu solat aku lewatkan bukan tak sengaja tapi sengaja sebab pentingkan hal dunia... konon siapkan kerja cepat la, dulukan kerja lain dari solat la.. at last tak siap kerja lambat solat... masa tu aku lupa.. lupa siapa yang mengatur masa... Allah SWT...
Jadi, bila kita solat awal waktu... seperti kita mendahulukan Allah dulu..selesaikan urusan dengan Allah dahulu sebelum melakukan perkara duniawi kita... solat ni kita 'stop'kan diri kita daripada pikir perkara yang menyerabutkan otak kita... lepas solat jangan lupa berdoa dan beristighfar .. jangan sombong dengan Tuhan kita... Allah suka bila hambaNya berdoa kepadaNya .. setiap istighfar juga Allah akan bantu kita keluar daripada kesulitan yang kita hadapi....mengabdikan diri pada Yang Memberi Rezeki kepada kita... inshaAllah kesannya terasa kita punya masa yang banyak untuk siapkan kerja kita tanpa kelam kabut , ada masa lapang untuk melakukan kerja-kerja lain dan rasa tenang tu akan datang dengan sendirinya... 




2. Jangan Dengar Lagu-Lagu Sedih 

Yes! ini paling susah nak buat sebab masuk kereta jew... mak aii... lagu-lagu sekarang.. Menahan Rindu lah, Tergantung Sepi, Tanpa Redhamulah, Sedalam-dalam Rindulah....... haii... bole hanyut layan perasaan.. jangan!.. paksa la diri untuk tutup radio tu atau tukar pada IKIM.fm... tu lagi baik... pahala pon dapat... dan lepas tu didik lidah dan hati kita untuk lazimi zikir... paksa diri kita untuk melakukan kebaikan ... perkara-perkara yang disukai Allah dan Rasullulah SAW... serius tak mudah nak bermujahadah dalam istiqamah nak buat kebaikan ni... aku sendiri bermula dengan paksa diri...banyakkan mengingati Allah .. inshaAllah hati dan fikiran kau tenang... lama-lama kau akan terbiasa melazimi zikir.. dan dengar-dengar lagu yang banyak mengingatkan kepada Allah SWT.
Macam aku mostly akan dengar lagu-lagu nasyid, Maher Zain, Humood Al-Khuder, Harris J... lagu diorang mostly lyric banyak mengenai akhlak, adab, dan motivasi pada diri sendiri... it brings you calmness... 




3. Sibukkan Diri Dengan Buat Perkara Bermanfaat

Erm... stail aku kalau sibukkan diri ni... macam-macam... macam aku 'passionate' pada masak , melukis, dan membaca...

Macam masak... selalunya hari bekerja memang idok le aku nak ke dapur... hehe πŸ˜…tapi kalau hujung minggu tu selalu... sebab puan ibu dah memang mohon cuti masak bila hari minggu sekadar memerhati sahaja... huhu... so aku akan decide lebih kurang dalam 2 atau 3 macam lauk pauk... dan otak aku memang akan fokus untuk masak dan siapkan semua lauk yang dah decide....




Melukis.... ini memang hobi aku.. cuma hobi ni memerlukan masa yang betul-betul berkualiti.. sebab aktiviti melukis ni memerlukan idea.. 'time' tak de idea memang tak de benda la yang muncul atas kertas nanti... tak pon kalau aku malas sangat nak perah idea melukis aku just beli buku mewarna untuk orang dewasa jadi aku jimat masa nak pikir idea... haha.. cuma aku just perah idea untuk mewarna jew... selalunya bila aku buat aktiviti macam ni... aku lupa semua kekusutan aku untuk seketika... sebab 'passionate' aku memang suka melukis... dan mewarna...🎨




Membaca... minat membaca aku mula timbul sejak aku bekerja.... haha... kelakar tak?... dulu zaman belajar pemalas sangat nak membaca.... πŸ˜…dah bekerja ni la... macam-macam buku yang aku kumpul.. tak sampai setahun rak dah penuh.... macam-macam genre buku yang aku baca... cuma aku kurangkan buku-buku novel cinta cintun ni... sekadar selingan boleh la baca sekali sekala... tak nak otak terpengaruh hidup macam dalam drama TV...  life ni reality yang kita kena hadap... so face the reality... buku-buku bergenre motivasi, keagamaan, bibliografi orang-orang berjaya, buku travelog... dan banyak lagi jenis buku yang mampu improve diri dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.... bila kita dah banyak serap ilmu melalui membaca... kalau ada perkara yang meragukan fikiran dan perasaan kita wajib untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu... dan pastikan orang yang kita rujuk tu adalah orang yang betul untuk dirujuk... ada beberapa buku yang menjadi pilihan aku masa aku sedih.... untuk kita bertambah yakin dengan diri kita sendiri.. InsyaAllah.. 😊

Bertanya Allah Dahulu oleh Insyirah. A
Jom Audit! Kekal Positif oleh Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad


(p/s: nanti aku akan review pasal buku-buku yang aku 'suggest' untuk baca pada next post... check out! πŸ˜‰)

Cuba Buat Amalan-amalan Sunat... Yup.... salah satu cara juga untuk membuat diri kau tenang dan mencari kekuatan untuk ujian-ujian yang mendatang ... aku belajar untuk buat solat sunat taubat sebab aku teringat ustaz cakap kita ni hari-hari ada buat dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak jadi aku cari buku untuk buat amalan-amalan sunat.. baiki bacaan surah... dan aku belajar buat tahajud .. insyaAllah masih istiqimah untuk buat setiap hari sama jugak solat sunat taubat... bukan senang ok, it takes times and  i'm still struggle it untuk buat semua amalan-amalan sunat ni... dulu aku tak amik kisah pon.. sebab aku pikir buat wajib jew dah cukup.... tapi sebenarnya tak... tak cukup pon... walaupun kita solat 5 waktu tapi diri kita masih tak tenang, hidup masih cacamarba tu tanda amalan kita memang tak cukup... Bila Allah dah gerakkan hati kita untuk melakukan kebaikan pilihlah untuk terus kerjakan.. sebab kita tak tahu bila ajal kita akan sampai... Allah tak nak kita hanyut dengan bisikan syaitan.. dan mati dalam keadaan su'ul khatimah (pengakhiran yang tidak baik)... mestilah kita akan pilih untuk Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) kan??.

4. Menggaji

Antara self-therapy paling memberi kesan.... setiap lepas solat aku akan cuba untuk habiskan menggaji sekurang-kurangnya 1-2 mukasurat... takpun biasanya aku akan ambil masa lepas maghrib sementara menunggu waktu isyak atau sebelum masuk waktu subuh  aku akan menggaji sambil taddabur dan waktu malam sebelum tidur... selalu menggaji tapi tak paham maksudkan... so cuba untuk baca maksud setiap ayat al-quran... dan dalami maksud-maksud ayat al-quran tersebut.. yes... selepas tu kita akan mula paham apa yang jadi pada kita ujian semua ini adalah aturan... aturan Allah SWT.... aku paling suka ayat :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216) 


Kadang Allah SWT timpakan ujian pada kita dan kita tak suka dengan perkara tu.. padahal perkara buruk tu berlaku sebab ia baik bagi kita... ada rahmat yang Allah nak bagi selepas ujian... perkara yang kita suka padahal ia membawa mudarat pada diri kita...

Bagi aku menggaji terapi paling berkesan bagi aku.... masa menggaji adakala tak kuat sangat akan menangis la.. tapi lepas tu akan okay... sangat-sangat okay... makin lama menggaji aku dah boleh cepat redha dan ikhlas apa-apa perkara yang berlaku... tanpa perlu bertanya dalam diri.. kenapa semua benda ni jadi pada aku? soalan tu akan mati macam tu jew... sebab nyew Allah SWT dan bagi jawapan pada kau... berlapang dada dengan apa yang berlaku dengan setiap perkara .. sebab aturan Allah SWT adalah sebaik-baik aturan... DIA lagi Maha Mengetahui.... dalam erti kata lain buat tak tahu jew sambil berdoa biar Allah aturkan yang baik-baik untuk kita... sebab Allah SWT merancang perjalanan hidup kita dengan cintaNya kepada hamba-hambaNya... bukan mudah... sedangkan aku masih 'struggle' untuk terima kenyataan yang kita tak pasti jawapannya... jadi jawapannya Allah SWT yang tahu... DIA Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu...


Aku recommended sangat Al-Quran terbitan Karya Bestari ni... sebabnya
kalau tak faham maksud , di bahagian bawah terjemahan akan ada penerangan
mengenai terjemahan. 😊 

5. Sentiasa Kekal Positif 

Ini pon salah satu method yang agak susah jugak... sentiasa kekal positif dan bersangka baik pada semua orang walaupun orang tu 'pendajjal' kita... hahaha... susahkan... ya.. itu yang aku lalui.. hahaha... (maaf lah ketawa sekadar nak menceriakan dari terus baca tips yang agak serius ni) πŸ˜‹... tapi inshaAllah kalau buat semua tips yang yang kat atas tadi.. inshaAllah semua positive vibes tu akan datang dengan sendiri... niat untuk bersihkan hati.... inshaAllah Allah bantu kita.. lagi satu sentiasa perbaiki amalan kita... jangan paksa diri... Allah SWT suruh buat ikut kemampuan kita.. tapi jangan lupa DIA... sebab DIA Pemilik kepada seluruh alam...


Ok.. Sekian bebelan saya..
Hope dengan tips kat atas dapat bantu kawan-kawan yang sedah bersedih.. InshaAllah...
La Tahzan Innallahuma'ana (Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita)

xoxo, nasuchan πŸ’—