Tuesday, August 22, 2017

Jangan Memenjarakan Diri Sendiri- Prof. Dr. Muhaya

Jika menginginkan sesuatu tuliskan pada sehelai kertas.
Kemudian, bayangkan anda telah memilikinya. Namun, dalam masa yang sama, fikirkan adakah perkara tersebut bertepatan dengan kehendak Allah dan memberi manfaat kepada orang lain?

Jika nilai ukur ini dipenuhi, inshaAllah setiap hajat yang dipohon pasti akan dimakbulkan. Selalunya seseorang yang menginginkan sesuatu tetapi tidak memperolehnya setelah berusaha dan berdoa, kemungkinan individu tersebut mahukan sesuatu yang hanya memberi keuntungan kepada dirinya sahaja.

KEHIDUPAN YANG DIPENJARA

Inilah yang saya maksudkan sebagai kehidupan yang dipenjara. Mereka yang hanya menumpukan keinginan dan kehendak, maka lahirlah desakan yang kuat. Keadaan ini menyebabkan manusia berasa tidak cukup dan tidak puas dengan apa yang telah ada, seterusnya menghasilkan tekanan dan kekecewaan andai tidak dapat memenuhi keinginan tersebut.


PENJARA FIZIKAL 

1. Individu yang dipenjara secara fizikal,andainya reda dengan ketentuan, maka fikirannya akan 
    bebas.

2. Fikiran yang bebas daripada sebarang gangguan dan tekanan membolehkan individu ini 
    memperuntukkan waktu tersebut sebagai satu keadaan untuk bermuhasabah diri dan 
    mengembangkan minda.

3. Melalui kuasa minda yang positif, individu ini mampu pergi ke mana sahaja walaupun fizikalnya 
    terpenjara.


PENJARA MINDA

1. Cetusan fikiran yang menghalang seseorang untuk memahami dan melihat perkara baik yang ada 
    pada dirinya, sekali gus menghalang diri daripada bertindak dengan betul.

2. Fizikalnya bebas tetapi fikiran dipengaruhi dengan pelbagai virus minda yang memenjarakan 
    dirinya.


POSITIFKAN FIKIRAN

Setiap perkataan yang diutarakan merupakan sistem kepercayaan, sistem nilai dan tabiat yang boleh memenjarakan diri kita. Jika seseorang itu tidak membuat perubahan kepada fikirannya, maka dia akan sentiasa terbelenggu dalam penjara kehidupannya. Ini kerana dia gagal mengatasi sebarang unsur negatif yang melemahkan dirinya untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Individu yang mempunyai masalah dan gagal menyelesaikannya ialah orang yang terpenjara dengan kata-kata, tanggapan dan fikiran negatif daripada diri sendiri.

Masalah tidak dapat diselesaikan sekiranya pemikiran dan emosi tidak diperbetulkan. Hal ini kerana pemikiran dan emosi yang betul sahaja dapat menyelesaikan masalah dunia luaran.


SOLUSI isu 101

#bacaansaya

xoxo : nas_shafie


No comments: