Wednesday, October 16, 2013

My Supplements :)

Salam semua... hee!

Entri kali ni nak cerita pasal penjagaan kesihatan.... hehe..
Wah Nas! sejak bila pandai bercerita pasal kesihatan bagai ni... actually aku yang dulu bukan yang jenis pandai jaga kesihatan sangat.. bukan tak care... tapi sebab dulu-dulu aku kurang alert dengan pemakanan tambahan ni dan cara pemakanan........

Al maklumlah otak tak matang lagi... yang penting dah sakit time tu baru sibuk nak jumpe doktor... kan?
sekarang ni aku rase tak terlambat lagi nak jaga kesihatan.. so aku amik inisiatif  langkah2 awal dalam menjaga kesihatan macam firstly, aku detect apa masalah kesihatan aku .. walaupun sakit kecik-kecik... contoh macam JERAWAT...  so aku amik solutions macam mana aku nak atasi masalah jerawat aku yang bagaikan butiran mutiara kt muka aku ni... pergi klinik & dapatkan nasihat doktor... cara pemakanan yang macam mana kita dapat atasi masalah mutiara aku ni..

Doktor cakap disebabkan aku dari datang dari genetik yang sememangnya mempunyai banyak mutiara
( kaya tak aku -_-') di muka... doktor cadangkan aku amik supplement food yang baik untuk kulit... Contoh vitamin yang baik untuk kulit macam vitamin A,C,E, B Complex dan vitamin K.

Setiap vitamin ada fungsi masing2 dan dimakan mengikut keperluan dan kuantiti.. bukan main taram jew.. heheh...

BLACKMORES vit C & Multivitamin

Gambar kat atas ni.. ialah supplement food yang aku amik hari-hari... aku prefer brand Blackmores ni sebab Blackmores dah buat kajian mengenai supplement food lebih dari 30 tahun & penerangan pada botol jugak lebih mudah difahami.

Macam aku ... aku lebih perlukan vitamin tuk jaga kulit... Vitamin C ( Bio C 1000/ Blackmores) so yang ada tulis 1000mg tuk sebijik pil.. kita tak payah makan 2 atau 3 kali.. just consume sekali jew... paling afdal makan lepas breakfast .. so vit yang kita makan tu hadam sekali sama dengan breakfast yang kita makan.. lagi satu supplement aku prefer Multivitamins + Minerals sebab tak kan aku nak makan vitamin C jew.. tak balance ar nutrien dalam badan ak ... yew dak?..

So that's why aku amik Multivitamin untuk balance kan nutrien dalam badan aku... ada satu lagi vitamin yang aku amik untuk accelerate aku punye nutrien yang baik untuk kulit .. yang supplement ni aku guna brand BIO-LIFE.. buatan Malaysia.. :P (promote barang tempatan)..

Biolife Anti FR + Selenium
( sumber: Google.com)

Daripada sedikit bacaan Anti FR ni bermaksud anti radikal bebas berfungsi sebagai bahan penyingkir radikal bebas dalam sistem tubuh badan kita. Anti FR ni terdiri daripada gabungan antioksidan seperti beta karotena, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium menjadi nutrien kuat untuk imunisasi tubuh.. So supplement ni sesuai kat sapa2 yang ada masalah keradangan kulit.. macam aku.. kulit sensitif tak boleh berpeluh sikt.. mengada..... gatal-gatal kew.. amik supplement ni dalam masa 2 minggu aku dah rase kesan die memang berbaloi-baloi..
Yang ni pown sama makan sekali jew untuk sehari... yang penting konsisten la... tapi ada masa ak terlupa jugak makan... hehe... just yang penting habiskan kalau nak nampak hasil nyew kan?

Seelok-eloknya macam korang yang baru nak start makan  supplement make sure apa masalah kesihatan korang walaupun sakit-sakit sikit then pergi tanye pharmacist atau doktor apa jenis supplement yang korang patut consume... hehe...

Macam korang yang dah start makan terus continue... dan tak payah nak percaya kat produk yang kitabelum tahu hasilnya.. ambil tahu pasal kesihatan demi kebaikan diri sendiri apa salahnya kan? kan? kan?

ok, sampai sini jew dulu, nanti sambung lagi banyak keje sangat....... nak buat :P

bye!

xoxo, nas piee

Monday, October 7, 2013

Masak- masak : Burger Bakar

Salam Peeps!  :)

Hari tu teringin sangat nak  makan burger bakar, disebabkan kat Batu Pahat tak de cawangan Burger Bakar Abg. Burn...  So aku amik iniasiatif tuk buat burger bakar sendiri ikut cara aku.. hehe..
Senang jew tak de la susah mana pown...

Actually aku refer pada blog ni Jom Makan-Makan .. Tq sebab share resipi... hehe.. cume aku tak ikut sebijik yang blogger ni buat...
Berikut adalah bahan yang aku gunakan untuk burger bakar ni...


Bahan Untuk Patty Burger
- daging kisar/ ayam kisar ( 1 tiub beli yang dah siap punye jew)
- bawang besar 1 ulas besar & bawang putih 5 ulas nak lebih pown bole ikut suke ( diblender sekali )
- serbuk kari daging 2 sudu besar
- seasoning
- sos BBQ
- garam secukup rasa
- gula sikit secukup rasa jangan terlampau manis
-telur  ( 1 biji )
- blackpepper

Bahan Untuk Hiasan Burger
- Roti Burger
- Salad & tomato
- Cheddar Cheese
- Mayones
- Sos Cili

Patty daging yg siap dibentuk
Cara- cara membuat patty daging:
- daging kisar/ayam kisar diletakkan di dalam besen yand sedang dan gaulkan bersama bahan tuk membuat patty daging...
-  selepas semua bahan-bahan tadi sudah sebati bentukkan daging tersebut seperti gambar di atas.. kemudian simpan semalaman di dalam fridge untuk mengelakkan semasa panggang patty tidak terburai.
- kemudian daging siap untuk dibakar @ dipanggang
- hidangakan daging bersama bersama roti burger seperti gamabar di bawah.

Burger bakar yg siap untuk dimakan ;)

Selamat Mencuba!.... hehe...

p/s: rosak program diet aku... heh

Sunday, October 6, 2013

Anak Kucing Baru!

Assalamualaikum Peeps!

Happy Monday!... semoga menjayakan tugas2 anda dengan penuh dedikasi.. hehe!
Actually i'm quite happy sebab dapat kittens yang baru.... sangat notty & gebus gebas...

Yang itam name Blackie , yang putih Louie 
2 ekor ni merupakan anak Bibi... & Bibi sekarang dah jadi mak Bi.. hehe..

mak Bi... tired!
Blackie & Louie dilahirkan pada pagi sebelum subuh .. ( tak taw pukul bape?...tanye dato Harimau)

Perangai si mak Bi sebelum beranak aish... suke meleset2 smpai muka orang pown habis die leset... disebabkan die ni nak beranak time before subuh... memang mintak maaf la... tak dapat nak sambut baby kitten.. hehuu... sebab time beradu....

Sedar2 jew adik ak dah panggil bagi tahu yangmak Bi dah beranak... Atas Sofa OK!... -_-'
balik keje jenuh aku memberus sofa ilangkan darah...
tapi at same time aku happy sebab dah ade member untuk bergurau... haha..

SEKIAN...

p/s: nak cari sangkar... sebab merayap satu umah takot terpijak... huhu.

Monday, September 23, 2013

Berita Sedih Buat Kami Sekeluarga :'(

Salam Peeps!....

Baru- baru ni saya dan keluarga telah kehilangan insan yang amat kami sayang...

Al- Fatihah buat Arwah Mak Uda... semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....

Allah lebih sayangkan arwah.. tunggu kami disana nanti... :')


DALAM KENANGAN ......

Arwah Mak Uda
( Pulang Ke Rahmatullah 18/9/2013)
Arwah Tok Chik
( Pulang Ke Rahmatullah 8/6/2013)

Arwah Andak
( Pulang Ke Rahmatullah 30/11/2011)

Ya Allah, kau tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman, kau berkatilah roh mereka Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka di akhirat kelak... Amin.. Amin Ya Rabbal Alaminn..

AL-FATIHAH

Wednesday, September 18, 2013

My BF Wedding... :D

Salam peeps!

14 September hari tu... merupakan Hari Bersejarah buat best friend ever saya (tetibe guna saya, tak pe lew sopan sikit.. hiks.. ;), title Miss Nurul Atika dah tukar kepada Puan Nurul Atika.. Congratulations dear!

I'm so happy for u dear  and for your husband too ( En. Khairul Adlan)... Hope your marriage will lasting until Jannah and may Allah blessed both of u with pious child... !!! InsyaAllah..! aminn... !!

Here a few pictures was took by the little girl named Aliesha ( tak tahu spell nama die macam mana.. hehe...bukan saya yang snap ok.. tapi not bad jgak gambar nyew... hehe)

Enjoys!

Before her soleminization... huhu..
selamat bergelar puan!! jangan perangai macam budak-budak lagi ae ika.. dah tukar title dah tu.. :D

Hantaran special dibuat oleh saya untuk pn. Atika n suami :)

Pengantin Baru yang berangan-angan...

P/s: Selamat pengantin baru, moga berkekalan hendak Nya...
      Sorry , gambar sikit... tak bole nak feeling2... haha...
      mohon sesape yang ad gambar please bagi kat saye... huhu

xoxo : Nas_piee

Tuesday, September 10, 2013

Cheongdam Dong Alice

Salam peeps!

Hehe.. mesti korang pelik ngan tajuk aku kan?.. hehe..
Ok.. baru-baru ni entah kenapa aku terminat kat drama2 Korea nih...sorry.. tak de drama2.. 1 drama jew ni ha.. tajuk die Cheongdam Dong Alice.. tu yang letak tajuk post macam  tu kasik saspen sikit... :P

Kenapa ntah aku boleh terminat kat drama nih pown aku tak tahu sebab apa? may be sebab jalan cerita die menarik..



Kasik review sikit pasal citer nih.. Cheongdam Dong ialah tempat tinggal orang2 kaya kat Korea Selatan .. cerita ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Han Se Kyung... Han Se ni seorang designer yang baru nak menapak dalam bidang rekaan fesyen.. walaupun Han Se ni bukan seorang yang terkenal dalam bidang rekaan fesyen tapi die seorang yang rajin berusaha... Han Se selalu menang dalam pertandingan dalam bakat mencari Pereka Fesyen anjuran pihak tempatan...

Han Se mula hilang pandangan positif mengenai usaha keras yang tak membawa die kemana-mana tahap pown apabila ayah Han Se terpaksa menutup bakeri miliknya sendiri akibat tak de pelanggan yang lari ke pesaing lain. Han Se mempunyai teman lelaki yang bernama Soo In Chan.. Tetapi In Chan telah melarikan diri dengan menangung hutang dikeliling pinggang dan kos rawatan hospital ibunya.

Han Se kemudiannya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat (GN Fashion), syarikat yang mengeluarkan pakaian berjenama dan terkenal di Cheongdam Dong.. Han Se terkejut bahawa pekerjaan sebenar dia adalah seorang 'personal assistant'  kepada isteri presiden GN Fashion yang merupakan bekas rakan sekolah Han Se.. iaitu Seo Yoon Joo.

Bos rasmi Han Se.... In-hwa (Kim Yoo-ri) adalah adik presiden GN Fashion hanya dua tahun lebih tua daripada Se-kyung, yang menjadi orang termuda yang dilantik ke jawatan itu. "Apa yang membawa adalah taste anda, bukan resume anda," In-hwa terang- terangan memberitahu Se-kyung. "Taste merupakan pengumpulan apa yang anda lihat dan berfikir, serta jenis perkara yang anda terdedah kepada, dari saat bahawa anda telah dilahirkan."

Apakah yang In Hwa katakan benar-benar menghancurkan falsafah hidup Han Se yang berakar umbi dalam diri iaitu kerja keras dan usaha yang konsisten. Apabila sedar tentang hal ini ,Han Se hampir berputus asa dan melakukan perubahan tertentu hidupnya. Melihat bagaimana kehidupan Yoon-joo telah berubah berbanding dengan dia sendiri, Han Se memutuskan untuk melakukan perkara yang sama: berkahwin dengan lelaki yang kaya. Beliau enlists bantuan dan memulakan projek Yoon-joo untuk menjadi "Anak Cheongdam-dong disisi-undang-undang," istilah yang merujuk kepada wanita muda yang bergaya berkahwin  dengan yang tinggal di kejiranan yang kaya. Kekecewaan  Han Se membawa dia untuk menggoda Jean Thierry Cha (Park Si-hoo), Ketua Pegawai Eksekutif muda dalam industri-jenama mewah, Artemis. Cha, yang nama sebenarnya ialah Cha Seung-jo,  walaupun keturunannya melakukan perniagaan, dia merasakan kebencian yang kuat terhadap wanita yang berkahwin untuk wang dan taksub dengan label pereka. Seung-jo jatuh cinta dengan si idealistik Han Se, tetapi tidak mengetahui ini, dia memberikan sehingga menjadi orang yang dia mahu menjadi, dan memutuskan untuk hidup seperti orang-orang beliau pernah menghina.


moral nya.. say bagi tahu next time... hehe.. nak kuar jap...
bye!.. jgn lupe cari & tengok citer ni.. BEST!!

xoxo, nas piee

Saturday, September 7, 2013

Gambar Raya 2013

Salam peeps!....

Sory terlambat sangat2 upload gambar raya... 
gambar family jew... hehe.. gmbar syok sendiri... sory memang tak de.. hehe.. 
enjoy! (walaupun aku rase tak menarik pown :P )

saya di tengah,, yang bam2... huhu
Sekian.. ;)