Wednesday, May 31, 2017

5 Keistimewaan Rasulullah SAW Berbanding Nabi Lain

Nabi bersabda, maksudnya:
"Aku dikurniakan 5 keistimewaan yang belum pernah dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku :

1. Aku dibantu dengan perasaan ketakutan yang menimpa musuhku sejak sebulan lagi sebelum
    mereka menemuiku.

2. Muka bumi dijadikan masjid dan suci. Maka sesiapa sahaja antara umatku yang mendapati waktu
    solat, solatlah (di mana sahaja dia berada).

3. Dihalalkan harta ghanimah (rampasan perang) buatku yang sebelum ini tidak halal bagi para nabi
    sebelumku.

4. Aku diberi kurnia syafaat.

5. Kebiasaanya nabi diutuskan kepada kaumnya tetapi aku diutuskan kepada manusia sejagat."

(Riwayat Al- Bukhari)

#bacaansaya
#kongsiilmu


Thursday, April 20, 2017

Seikhlas Jantung

#bacaansaya

Letakkan tangan anda di dada. Terasa ada gerakan yang berlaku dengan irama yang sistematik dan berkala? Kemudian cuba tahan nafas. Berapa lama anda boleh bertahan? Satu minit? Lima minit? Boleh lebih daripada itu?

Ah, sukarnya! Mengapa? Ya, kerana tanpa nafas anugerah Allah, berakhirlah kehidupan kita sebagai insan.

Jantung Yang Berjasa

Jantung anugerah Allah yang memungkinkan kehidupan diteruskan. Saban hari jantung patuh dengan tugasan; mengepam darah ke seluruh badan bagi memastikan segala proses hidup berjalan dengan baik.

Dengan bantuan tulang rusuk yang mengembang, menyebabkan isipadu rongga dada bertambah, tekanan dalam badan berkurang, udara yang mengandungi oksigen berupaya memasuki saluran pernafasan hingga ke alveolus (bahagian jantung berbentuk gugusan buah anggur). 

Oksigen yang dibawa masuk seterusnya dialirkan ke seluruh badan bagi memungkinkan proses-proses hidup; respirasi, perkumuhan dan penghadaman berjalan. Besar sekali jasa jantung kepada kita! Bayangkan jika jantung tidak lagi berfungsi, kita akan bergelar jenazah!

Walaupun khidmat jantung begitu bernilai, jantung melakukan tugas tanpa disedari. Melaksanakan tugas tanpa henti secara diam dan tanpa perlu dihargai. Jantung tetap dengan tugas sebagaimana yang diamanahkan Pencipta. Akan terus berdenyut hingga tiba detik denyutan terakhir.

Mencontohi Jantung

Dalam kembara hidup yang sementara ini, kita diamanahkan dengan pelbagai tanggungjawab sesuai dengan tahap pendidikan, pengalaman dan kedudukan sosioekonomi. Namun, di mata Allah semua insan adalah penting. Kalau tidak masakan kita diciptakan. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia.

Seperti jantung, seharusnya segala tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik, tekun, tenang, damai dan istiqamah. Dan paling utama, melaksanakannya dalam diam tanpa minta diketahui oleh semua. Justeru tugas itu amanah. Lantas, laksanakanlah tanpa kerenah!

Laksanakanlah tugasan dengan baik hanya kerana Allah. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih atau ganjaran daripada manusia. Jangan bimbang. Ganjaran bagi setiap kebaikan yang kita lakukan tidak pernah sia-sia. Malaikat sentiasa mencatat. Allah sentiasa melihat. 

Bukan itu sahaja, setiap kesedihan, penat lelah dan kekecewaan tercatat dalam buku amalan yang bakal dipertontonkan di akhirat. Justeru apa yang ingin dirisaukan tentang apa yang orang kata, fikir dan lakukan. 

Sebaliknya lakukan tugas kita sebaik mungkin tanpa keluhan, rungutan dan rasa ingin dimuliakan, lantaran kemuliaan itu milik mutlak Allah. Jika kita mulia di sisi Allah, bermakna kita sudah memiliki segala-galanya.

Kawal Niat Dalam Diri

Bagi setiap kejayaan, bersyukurlah kepada Allah. Bagi setiap ujian yang melanda pula, bersabarlah kerana-Nya. Sebagaimana jantung, walaupun kehadirannya tanpa disedari, namun istiqamah dalam tugasan, membantu kelangsungan hidup insan.

Bahkan kita juga tahu akan maksud hadith " setiap amalan itu bergantung kepada niat." (Riwayat Al- Bukhari) Seseorang akan mendapat ganjaran atas apa yang diniatkannya. Justeru antara sebab kebaikan kita ditolak adalah kerana tiada keikhlasan. Kita melakukan bukan kerana Allah tetapi berbekalkan sifat riyak, menunjuk-nunjuk dan mengharapkan pujian serta sanjungan,

Diceritakan bahawa di akhirat nanti tiga orang; ahli Al-Quran, dermawan dan orang yang mati syahid. Kesemuanya dibicarakan di hadapan Allah. Mereka mengaku bahawa segala yang dilakukan adalah kerana Allah. Namun Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ghaib dan nyata, menyangkal semua kesemua dakwaan mereka lantaran mereka melaksanakan segalanya kerana mengaharap sanjungan manusia.

Si dermawan, ingin dianggap sebagai orang yang suka menderma. Ahli Al-Quran pula ingin disanjung dan diiktiraf sebagai orang alim dalam Al-Quran. Manakala yang mati syahid pula ingin dikenal sebagai seorang pahlawan yang berani. Akhirnya, kesemua mereka dimasukkan ke neraka lantaran amalan yang tertolak.

Justeru, tidak kira seorang ahli Al-Quran , dermawan atau orang yang mati syahid sekalipun, kalau niatnya bukan kerana Allah, semua amalan akan menjadi sia-sia. Alangkah ruginya!

Diam-Diam Jantung

Lantaran itu, lakukan segalanya dalam diam, seperti jantung. Kalau menderma, biarlah tangan kanan yang memberi, dan tangan kiri langsung tidak menyedari. Itulah wasiat junjungan.

Betapa murninya hati dan sikap yang dimiliki para sahabat. Seharusnya inilah yang perlu kita teladani. Melaksanakan segala kebaikan dalam diam tanpa mengaharap balasan, ganjaran, pujian dan sanjungan.

Itulah antara ibrah yang kita boleh ambil daripada organ dalam diri bernama jantung. Sememangnya jantung amat tinggi nilainya. Bukan sekadar penyambung usia, malah dari segi akhlak, Bekerja dalam diam, tanpa disedari, hanya patuh pada suruhan Ilahi. Kita juga, lakukanlah segala kebaikan dalam diam, hanya mengharapa redha Ilahi. Jangan jadi seperti ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung.


ANEKDOT 1
SEIKHLAS UMAR

Walaupun bergelar khalifah, namun beliau melaksanakan tugas-tugas kebajikan pada malam hari tanpa sesiapa menyedari. Disantuninya ibu miskin dengan membawa sendiri gandum untuk keluarga yang memerlukan, khususnya anak kecil yang menangis meminta makanan.



ANEKDOT 2
SEIKHLAS ALI

Orang miskin dan memerlukan dibantunya secara rahsia, tanpa mereka mengetahui hinggalah saat kematiannya. Mereka hanya menyedari beliau yang membantu lantaran segala bantuan tidak diperoleh lagi.


ANEKDOT 3
SEIKHLAS KHALID

Semangat juang beliau dalam peperangan tidak sedikit pun terjejas saat dilucutkan jawatan panglima perang oleh Sayidina Umar Al-Khattab. Belia terus berjuang dengan tangkas dan berani sebagai tentera biasa sejurus menerima berita perlucutan jawatan. Apabila ditanya, beliau menjawab: "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar!"



#sayabacasayakongsi
#inshaAllah
#semogamenjadisedikitiktibar

:)

Sunday, March 19, 2017

Pembunuh Bersiri

#nabibercerita

Rasulullah menceritakan: "Dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang. Kemudian dia bertanyakan tentang orang paling alim. Lalu dia ditunjukkan kepada seorang rahib (orang yang kuat beribadah ). Kepada si rahib dia mengadu bahawa dia telah membunuh seramai 99 orang maka adakah taubat untuknya.

Rahib itu menjawab : "Tidak!"
Lantas lelaki itu membunuh si rahib, maka lengkaplah 100 orang.

Kemudian sekali lagi lelaki itu bertanyakan tentang orang paling alim. Lalu dia tunjukkan kepada seorang alim.

"Sesungguhnya aku telah membunuh 100 orang. Adakah taubat untukku?"

Orang alim menjawab : "Ya, Siapalah yang boleh menghalang antara kamu dengan taubat?
"Pergi ke daerah sekian-sekian. Di sana orangnya beribadah kepada Allah. Maka beribadalah bersama mereka. Jangan kamu pulang ke negeri kamu lagi kerana itu negeri yang teruk!"

Maka lelaki tersebut bertolak, hingga di pertengahan perjalanan dia meninggal dunia.
Malaikat rahmat dan malaikat azab saling merebutkannya. Malaikat rahmat bertegas :

"Sesungguhnya dia pergi dalam keadaan bertaubat dan menghadap Allah sepenuh hatinya."

Malaikat azab pula menolak: "Sesungguhnya dia belum berbuat sebarang kebaikan pun."

Lalu seorang lagi malaikat dalam rupa manusia  masuk campur. Dia pun berkata: "Sila ukur antara dua tempat. Maka mana satu yang lebih dekat, maka si mati ini menjadi haknya."

Mereka pun mengukur lalu mendapati bahawa mayatnya  lebih sedikit dekat dengan tempat yang ingin dituju. Maka malaikat rahmat pun mengambilnya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Solusi (isu 97) m/s 51




Thursday, March 16, 2017

Kreativiti Digital Semudah ABC

Assalamualaikum...

Untuk post kali ini aku nak 'share' macam mane nak berkreativiti secara digital tanpa perlu bersusah payah perah idea mcm guna software 'Paint' atau guna software 'Adobe'.... bagi aku semua orang bole berkreativiti walaupun tak berseni dalam jiwa tu... hehe...

Aku nak kata kreatif... tak de la sangat.. malas nak perah idea sebenar nyew... jadi aku cari 'apps' yang boleh bantu untuk buat kerja-kerja memerah idea-idea kreatif ni,,

Aku guna Canva... buat design secara online... yang sangat mudah ..
www.canva.com

Semua dah tersedia bila guna Canva ni, template, jenis design, image... tinggal edit-edit jew.. tak perlu susah payah 'create' design yang makan masa nak siapkan...


Macam contoh kat atas ni... Canva dah sediakan pelbagai jenis template untuk kegunaan sosial media, poster, blog , presentation dan macam-macam lagi...






Gambar atas ini menunjukkan contoh image yang aku edit guna Canva. Bahagian sebelah kiri terdapat column layout, elements, text, dan backgrounds... tambahan korang boleh upload imej korang sendiri untuk diedit menggunakan Canva.
Nampak mudahkan...  so guna la Canva..

Untuk marketing bisnes sangat-sangat digalakkan sebab korang tak payah keluar kos ribu riban untuk design semata.. guna Canva pon dah boleh...

Sekian post untuk kali ni...

See u in the next post.. <3

Tuesday, March 14, 2017

Jadikan Diri Hamba Sepenuh Masa

Sentiasa muhasabah bermula bangun tidur, ditimpa musibah dan ketika solat.

Jika ditanya, umat Islam pasti mengakui mereka adalah hamba Allah SWT, tetapi siapa di antara kita yang pernah bermuhasabah dan bertanya pada diri sendiri sama ada selama ini kita dahulukan Allah SWT atau diri kita.

Bermula dari awal bangun tidur sehinggalah untuk tidur, berapa kali kita mengingati Allah SWT selain daripada solat wajib 5 waktu. Pernahkan kita bermuhasabah apakah yang telah dibuat sepanjang tempoh itu?

Jika ada, Alhamdullilah, tetapi andai tiada atau jarang sekali melakukannya, inilah saat untuk kita perbaiki diri. Rasullulah SAW mendidik umatnya dengan penuh hikmah dalam semua perilaku dan tindakan dibuat.

Baginda juga mendidik manusia berusaha mendapatkan keredhaan Allah SWT daripada sekecil-kecil perkara seperti senyuman ikhlas pada rakan sekerja sehinggalah sebesar-besar perkara seperti berkorban berjuang dalam peperangan menegakkan kalimah Allah SWT.

'Tidur sebagai Ibadah'

Dalam hal ini, beberapa panduan dibuat bagi membolehkan kita melihat dan mengetahui adakah kita hamba Allah SWT yang sentiasa mengingati serta mengagungkan-Nya. Pertama, lihatlah ketika hendak tidur kerana ketika itu kita leka daripada mengingati Allah SWT.

Pernahkah kita bertanyakan soalan, "Andai aku meninggal dunia ketika tidur, sempatkah aku bertaubat kepada-Nya?"

Tidur itu tidak salah, malah tidur adalah nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia seperti firman-Nya yang bermaksud :"Dan adalah kerana rahmat-Nya , Dia jadikan untukmu malam dan siang supaya kamu beristrehat pada malam hari dan kamu mencari sebahagian kurniaan-Nya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur kepada-Nya."
(Surah al-Qasas, ayat 73)

Rasulullah SAW mengangkat darjat tidur daripada hanya tabiat manusia kepada ibadah kepada Allah SWT. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat takwa mentaati Allah SWT. Oleh itu, hendaklah seorang hamba memerhatikan adab tidur supaya tidurnya tidak sekadar melepaskan lelah, tetapi sebagai ibadah.

Antara adab sebelum tidur yang seharusnya diamalkan adalah bersuci (berwudhuk), berniat melakukan ibadah (tahajud dan sebagainya), bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua Muslimin dan berazam tidak melakukan maksiat apabila bangun daripada tidur.

Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat dan tangan kanan diletakkan di pipi. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas.
Keduanya, adakah kita bangun dari tidur dengan penuh kesyukuran dan mengucapkan Alhamdullilah kerana masih bernyawa. Antara adab selepas bangun tidur ialah hendaklah bangun sebelum masuk waktu subuh, menyapu muka dengan tangan iaitu menyapu kesan tidur dari wajah, mengingati Allah SWT dengan menzahirkan rasa syukur, membaca doa bangun tidur dan bersegeralah berwudhuk serta mengerjakan solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 3)

Selain itu, manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan yang sering dilakukan ialah berfikir bahawa diri mereka sahaja yang paling malang dan menderita sehingga hilang semangat meneruskan hidup.

Hakikatnya, ramai lagi manusia yang menerima musibah malah lebih teruk lagi ujian mereka terima. Kata bijak pandai, "Usah mengeluh jika berjalan tanpa kasut, kerana ada yang berjalan tidak berkaki." Sesungguhnya, kayu ukur kepada kehambaan manusia terhadap Allah SWT adalah ketika manusia berjaya mengatasi musibah atau ujian dengan penuh kesabaran, ketakwaan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

'Jadi Hamba Allah Sepenuh Masa'

Selain itu, faktor yang perlu diperhatikan dalam menilai diri sebagai hamba yang mengagungkan Penciptanya adalah ketika hendak mendirikan solat fardhu. Ketika solat, seorang itu berhubung terus dengan Allah SWT dan sepanjang mendirikan solat, mereka berdoa serta bergantung harap kepada-Nya.

Apa yang sering berlaku ialah ramai yang solat, tetapi akal fikirannya hanyut melayang dengan hal duniawi. Ada juga yang melakukan solat berdasarkan ikutan kerana malu dikatakan orang menyebabkannya terjerumus ke lembah keraguan, apatah lagi bagi mereka yang solat tanpa mengingati Allah SWT.

Jadilah hamba Allah SWT sepenuh masa, bukan separuh masa. Hadirkan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allalh SWT menerusi perbuatan dalam solat. Hal ini menimbulkan rasa seterusnya mewujudkan pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah SWT.

#copypaste
#agamaberitaharian

Ditulis Oleh:

Zalilah Ibrahim
Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


Monday, March 13, 2017

2017 ( a year untold story of me :)

Assalamualaikum.....

Setahun sudah berlalu,,,, sampai blog ni pon lupa nama nyew sape... haha
tapi 'not bad' sekali on blog nengok 'reader' melebihi 10k.... aku pon tak tahu apa yang menariknya blog aku ni... mostly post adalah copy paste dari buku, artikel dan kisah hidup aku sendiri... tapi Terima Kasih banyak-banyak kepada pengunjung yang baca post-post di blog ni & lagi 1 tolong la klik Ads banyak-banyak dalam blog ni.. haha... ( #kumpulduitnakkawen )

Dalam setahun ni, banyak benda sedih & gembira berlaku....

Paling sedih... ateh (pak cik ).. (Hj. Muhd Khair bin Abdul Wahid) pergi meninggalkan kami pada July 2016....
semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Dalam setahun ni jugak, genap 2 tahun aku berkerja dengan True Zeal Sdn. Bhd dan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad banyak pahit manis yang sudah diharugi dan juga banyak perkara yang dipelajari. Alhamdullilah... Terima Kasih dari boss & kawan- kawan sekerja yang terima baik buruk aku dan sama-sama bantu- membantu dalam apa jua kerja... bukan kerja jew kadang hal peribadi pon ada bantu dari segi nasihat atau harta benda.

The speechless moment also happened, :)... I'm already met someone.... #doayangbaik2

Tak terungkap sebenarnya.... banyak perkara yang berlaku.. dan menyebabkan masa aku begitu terhad.. haha... ada jew masa lapang sebenar nyew tapi mood yang tak de... sampai setahun tak de mood nyew... maaf yew... ;)

InshaAllah ak cube untuk update apa-apa yang aku rase menarik untuk dikongsi... :)
Harap pembaca memahami dan tunggu yew...

Bye.
See u guys in the next post...





Thursday, March 24, 2016

Motivasi Kupas Bawang 2016...

Assalamualaikum! :D

Ape khabar semua? Hope sihat-sihat jew...
Aku? Sihat -sihat jugak..
Rindu nak menaip.. haha.. Berhabuk dah blog ni.. :P

Firstly, nak ucap selamat tahun baru 2016... walaupun rasa dah terlambat tapi nak wish jugak. :D
Kalau masuk tahun baru mesti korang nak tanya apa azam aku kan... azam aku nak tunaikan azam yang tahun lepas yang tak tercapai.. haha... sama jew azam aku dengan yang tahun sebelum ni.. haha..

Ok.. ni nak cerita...
Aku ada rutin tambahan setiap pagi yang memang tak boleh nak elak... iaitu kupas bawang sebelum bersiap pergi kerja... ini bukan rajin atau pun suka-suka nak buat... hehe.. ini disebabkan oleh arahan.. Arahan siapa?? siapa lagi kalau puan ibu... sebab puan ibu matanya  tidak berapa nampak untuk kupas bawang sebersih habis jadi sebagai anak aku kena kupaskan untuk memudahkan puan ibu untuk memasak...

Sambil mengupas banyak benda yang aku fikir sebenar nyew... so aku jadikan mengupas bawang ni sebagai motivasi aku.. sebab nyew ialah :

1. Aku kena bangun lebih awal daripada biasa pada waktu bekerja then solat subuh lepas tu kena kupas bawang.. puan ibu sediakan 1 bakul kecik yang dah siap campur-campur bawang besar, bawang kecik, bawang putih, kunyit, halia... wajib kupas bagi habis... huhu...

2. Kupas kena bersih.. means kupas jangan ada 1 kulit pon yang tinggal yang aku pelik mak aku boleh nampak kalau aku tak kupas bawang bersih (kulit bawang besar sebab berapa lapis kulit die nk kupas bagi nampak isi.. hehe)

3. Mesti kupas bagi habis.. kalau mak aku letak 100 biji bawang, so aku kena habiskan 100 biji tu jugak sebelum pergi... tapi setakat ni tak tergamak lagi la mak aku buat macam tu.. selalu nyew paling banyak pon 7-8 biji... paling tension bawang kecik dah la kecik kalau dah kupas ada la besar guli jadi.. huhu.. demi puan ibu ku turutkan... Paten puan ibu die memang suka masak letak bawang banyak.. katanya sedap..


Korang dapat tak rasa motivasi nyew kalau kupas bawang???

takkan tak dapat kot??

setakat kupas bawang pon boleh motivasi kew??
siapa kata tak boleh, sekurang-kurangnya dalam sehari apa salahnya bantu ibu dan ayah memudahkan kerja seharian mereka, apa yang mereka suruh buat tu sebenar nyew untuk kita jugak...
sementara mereka masih ada kat dunia ni.. rebut la peluang sebaik-baik nyew...

InsyaAllah, aku jugak masih istiqamah dalam menjaga mereka.. sebab saya tahu redha Allah SWT terletak pada redha ibu bapa aku..

Bye.. nnti sambung citer lain plak... :)