Wednesday, December 16, 2015

Berusaha Untuk Nasib Yang Lebih Baik!

Bismillahirahmanirahim.....

Ramai orang terkeliru antara nasib dengan kejayaan, memang ada kalanya nasib boleh mempengaruhi kejayaan, tetapi yang paling penting ialah usaha dan perancangan.

Orang yang berjaya tidak memfokuskan masa depannya terhadap nasib. Sebaliknya sentiasa merancang dan berusaha untuk mencapai apa yang diingini berdasarkan fitrah alam. Apabila sesuatu berlaku seperti yang dirancang, maka itulah kejayaan yang benar-benar memberi kepuasan; material mahupun secara psikologi. Dalam teori Maslow disebut sebagai 'Self Actualization'. Saya suka menyebutnya Realisasi Diri.

Orang berjaya sentiasa merancang  dan mempunyai kuasa kawal terhadap apa yang dilakukannya. Semakin dia merancang, semakin besar kuasa kawal terhadap apa yang dilakukannya. Semakin dia merancang, semakin besar kuasa kawal, dan semakin sedikit dia bergantung kepada nasib. Sebaliknya mereka yang tidak merancang hanya berharap kepada nasib dan tuah. Akhirnya dia hidup dalam ketidakpastian.

Oleh itu, janganlah terlalu gembira jika anda 'bernasib baik'. Itu ialah isyarat yang menunjukkan kuasa Allah SWT kepada anda. Tetapi, jangan sesekali lalai dan terus mengharap nasib. Nanti anda akan dibuai dengan angan-angan dan ketidakpastian. Rancang hidup anda, dan dapatkan kuasa kawal terhadap hidup sendiri!.

KALAU TIDAK MERANCANG

Ada orang yang mengatakan bahawa dia tidak perlu merancang untuk hidup. Hidup ini perlulah semula jadi. tidak perlu susah-susah merancang itu dan ini.
Makan apa yang dapat, tidur jika mengantuk, makan apabila lapar, ketawa apabila gembira, dan buatlah mengikut apa yang 'hati' anda kata. Anda pernah dengar kata-kata seperti ini?

Ketahuilah, jika anda tiada perancangan untuk diri, ramai orang yang mempunyai perancangan untuk anda. Jika seseorang tidak ada perancangan sendiri, biasanya dia akan 'terpaksa' mengikut perancangan orang lain.

Seorang pelajar yang tiada perancangan belajar, akan mengikut aktiviti rakan-rakan mereka. Diajak lepak-lepak, dia akan ikut juga. Jika rakan-rakannya mengajak untuk ponteng dan merokok pun dia menurut sahaja. Alasannya, bukankah kita mesti mendengar 'suara hati' kita??


Berbeza dengan mereka yang merancang hidup, mereka tahu apa yang patut dilakukan. Mereka melakukan sesuatu dengan strategi yang betul. Pernahkah anda melihat rakan-rakan anda yang kelihatan seperti tidak sibuk, tetapi mendapat kejayaan yang lebih berbanding anda? Mengapa anda yang selama ini 'berusaha dan berkorban' tetapi tidak mendapat yang sepatutnya?

Seseorang itu tidak mendapat yang sepatutnya kerana dia tidak melakukan yang sepatutnya. Dia hanya melakukan , tetapi tidak merancang.

Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, Tony Fernandez, dan ramai lagi 'manusia luar biasa'. Mereka bukan makhluk asing dari Planet Jupiter. Mereka sama seperti yang lain. Mengapa mereka mendapat banyak? Sebab mereka ada perancangan. Perancangan mereka menentukan strategi. Strategi pula menentukan usaha mereka, dan usaha yang berbeza, menghasilkan natijah yang berbeza.

Kita diberikan akal dan kuasa ikhtiar untuk berfikir mengenai masa depan dan membuat pilihan. Setiap pilihan ada kadar yang berbeza, dan anda akan mendapat seperti apa yang anda lakukan. Sekarang, masa untuk berfikir dan membuat pilihan yang lebih baik untuk masa depan yang lebih baik!..

#kongsiilmu
#retype


Nukilan: Ahmad Fadzli Yusof
               (Master Trainer di Global Genius Consultant Sdn. Bhd)
               www.fadzliyusof.com

Thursday, December 3, 2015

Minat...

Assalamualaikum....

Rase dah nak dekat 2 bulan jugak tak update blog... busy..sorry sangat... huhu...
Ni curi masa sekejap..

Baru-baru ni ada kesempatan berjalan dekat 'mall' ... tempat 1st yang aku tuju tak lain tak bukan kedai buku... Tak tahu kenapa?? Walaupun kadang-kadang tujuan aku nak pergi 'mall' atas sebab nak beli barang lain selain buku... tapi aku tetap nak pergi 'POPULAR' dulu juga... baru nak pergi beli barang yang asal diniatkan dari rumah.

So masa belek-belek tu tetiba ternampak sale buku bagi aku kalau yang pada orang dewasa mesti cakap aku ni kanak-kanak Ribena.. Erm.. tak kesah lah nak panggil kanak-kanak Ribena pon.. tapi buku tu telah berjaya menggoda mataku tanpa berkalih sedikit pon pada buku Catatan Mat Luthfi atau novel Laksaman Sunan karya Ramlee Awang Murshid.. hahaha... erm.. macam mana ni???

Buku tu memang mengingatkan zaman-zaman kegemilangan masa belajar dulu.. dah la cantik 'frontpage' dia... isi kandungan lagi la.. perghh.. memang aku tabik spring kat Illustrator buku ni... Kreatif!..
Aku masa belajar pon tak de terpikir pon nak buat macam buku ni masa belajar dulu.. Oleh kerana dah terbelek-belek... saya terpaksa membelinya takot termimpi-mimpi pulak kalau tak beli.. haha..
Punya lar dahsyat.. :D

Inilah buku nyew... Colouring Book for Adults!!!
'Colour Me Mindful by Anastasia Catris'






Ini antara isi kandungan yang ada dalam buku... cantik kan! That's why lar..nak sangat buku ni.. hehe..

Sebenarnya, buku ni ada banyak jenis... tak percaya bole negok kt website ni

Secret Garden Colouring Book , Anastasia Catris Colouring Book

Ada falsafh sebenarnya.. pelukis-pelukis ni buat coloring book macam ni.. macam kanak-kanak ada 'coloring book' yang mana lebih kepada 'education' dan buku 'coloring book' macam kat gambar atas ni lebih kepada elemen 'relaxing' dan 'art therapy'. Sebenar nyer, aktiviti mewarna ni dapat membantu mengurangkan stress dan terapi pada diri selain menjadi hobi. Di luar negara, aktiviti mewarna ni dah jadi salah satu aktiviti menghabiskan masa untuk 'release stress' dan juga melatih otak untuk menjadi lebih kreatif.

Bila dah start mewarna... hehe.. tangan tak bole nak berhenti.. 1 page nak amik masa seminggu untuk siapkan.. haha.. ok lar tu... Aku ada keje lain gak nak buat..

Ok.. Yang ni dah siap 1 page tinggal warna background jew!..:D

Memang saya suka mewarna dan melukis... tapi buku ni memudahkan sebab aku dah tak payah nak perah idea nak melukis just keluar idea nak mewarna jew..hehe..

Sampai sini dulu entri untuk hari ini... InsyaAllah update lagi..
Bye..

#amatur
#iamartenthusiast