Sunday, December 3, 2017

Kita Bukan Mangsa

#bacaan saya

Saya membaca kisah seorang penjenayah yang sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa. Mhu tahu setakat mana keras hatinya. Baik. Bayangkan sahaja tindakannya yang ini- menembak mati polis yang menahannya dalam sekatan jalan raya dan berlalu pergi dengan selamba. Begitulah. Semudah itu dia mencabut nyawa manusia!

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai orang jahat, terperangkap jugak akhirnya. Penjenayah kejam itu akhirnya berjaya dikesan dan dikepung. Lalu, saat merasakan tiada harapan lagi mahu melarikan diri, dia membuat keputusan untuk menembak kepalanya sendiri.

Namun, apa yang menarik perhatian saya ialah luahan rasa yang sempat dituliskannya. Nota ringkas yang menyatakan betapa dunia telah berlaku tidak adil kepadanya, dan dia seorang mangsa! Allahu Rabbi. Sungguh, saya sangat terkesan dengan kisah ini!.

Siapa Yang Bersalah?

Memang aneh apabila seorang manusia yang terang-terangan melakukan kesilapan masih boleh merasakan bahawa dia ialah mangsa keadaan. Aneh apabila orang yang telah melakukan sebegitu banyak kekejaman, masih menganggap dunia ini tidak adil kepadanya saat dia memamng selayaknya menerima hukuman.

Namun begitulah kehidupan. Kita biasa mendengar kisah seorang ibu bertengkar dengan anaknya tentang soal keadilan dan saling menyalahkan. Si ibu kecewa apabila si anak enggan mengikut cakapnya dan menganggapnya derhaka. Si anak pula kecewa apabila si ibu enggan mengikut kemahuannya dan merasakan ibu tidak memahami fitrah seorang remaja. Masing-masing memainkan peranan masing-masing.

Cubalah teliti situasi ini. Mengapa semua orang seperti ini. Mengapa semua orang seperti tidak puas hati dan asyik menyalahkan orang lain? Siapa yang menjadi mangsa dan siapa pula yang bersalah sebenarnya? Siapa?

Janji Tuhan Tentang Ujian

Firman Allah, "Kami jadikan sebahagian daripada kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain. Mampukah kamu bersabar? Dan sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat."
(Surah Al-Furqan 25:20)

Allahuakbar. Ternyata dalam al-Quran, Allah dengan jelas telah menyatakan perkara ini. Setiap daripada kita memang akan teruji dan hakikatnya kita akan teruji sesama sendiri. Keburukan engkau jadi ujian pada aku. Kelemahan aku jadi ujian pada dia. Nah! begitulah seterusnya!

Kawan, tanya sama hati. Apa perlunya kita memahami perkara ini? Tidak lain dan tidak bukan sebagai satu peringatan tentang hakikat ujian dan ketidaksempurnaan. Manusia - yang berbeza dan tidak sempurna itu, bukan pada akhlaknya sahaja, bahkan corak pemikiran mereka juga. Di situlah keanehannya!

Teruji Dengan Pengkhianatan

Saya sendiri pernah berdepan dengan kerenah seorang sahabat yang mengkhianati kepercayaan saya. Ia satu kes yang cukup besar, lengkap berserta bukti hingga boleh disabitkan dengan tuduhan jenayah.

Anehnya, saat tertangkap dia bahkan melenting, seolah-olah saya pula yang menganiaya dirinya. Ya Tuhan. Geram betul melihat segala lakonan dan dolak-dalihnya meskipun segala bukti sudah jelas di depan mata. Saya bukan sahaja kecewa, bahkan rasa cukup tercabar! Hampir sahaja kami bertengkar.

Namun alhamdullilah, sebaik mengingati hakikat ujian ini, maka kekecewaan saya segera reda. Benar, saya rasa teraniaya. Namun saya tidak hairan jika dia pula yang memaikan watak mangsa. Tidak hairan jika setiap orang merasakan dirinya ialah mangsa keadaan kerana itulah perasaan biasa yang sering hadir ketika berhadapan ujian!

Benarlah firman Allah. Dia memang menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian terhadap sebahagian yang lain. Justeru, sebaik manapun kita cuba menjaga hubungan ,tetap akan wujud juga bara-bara permusuhan. Ada-ada sahaja yang tak kena. Tetap sahaja ada orang yang tidak puas hati dengan kita. Persoalannya, bagaimana kita mahu mengendalikan hati saat teruji dengan ujian perhubungan  seperti ini?

Tempoh Bertenang

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai- berai, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan antara hati kamu, maka kamu menjadi bersaudara. Sedangkan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatNya agar kamu mendapat pentunjuk."
(Surah Ali- Imran 3:103)

Baiklah. Mari kita hayati pesanan Allah ini pula. Untuk melepasi ujian yang melibatkan, kita tidak boleh mengikut kata hati. Walaupun berlaku perselisihan, sedaya mungkin elakkanlah permusuhan. Waktu genting seperti ini, tolak ansur dan cuba mengerti adalah satu hal yang sangat diperlukan.

Aduhai. Memang sakit hati apabila orang lain buat salah dengan kita, tetapi masih berlagak seolah-olah dia pula yang teraniaya. Namun di sinilah letak duduknya kematangan kita saat berdepan ragam manusia.

Kita Bukan Mangsa 

Apa yang perlu kita lakukan saat teruji seperti ini? Bertolak ansur. Kadang, mungkin perlu berundur. Jangan melemparkan kata-kata sesuka hati  kerana bimbang ia akan menjadi sesuatu yang akan kita kesali.

Biar apapun yang terjadi, ingat pesan Allah. Jaga ukhuwah. Jangan berpecah belah. Saat seperti ini, bukan kita sahaja sedang teruji. Dia juga sedang teruji. Jika kita rasa sakit, dia juga berasa sakitnya. Namun saat dia pilih untuk marah, kita pilihlah untuk terus tenang berpaut pada tali Allah. Di saat orang lain merasakan diri mereka ialah mangsa, kita pilihlah untuk terus merasai kasih sayang Allah dalam setiap ujian-Nya.

Tidak mengapa kalau pada akhirnya dia tetap memilih untuk memusuhi kita. Yang penting, kita sudah menjaga hati kita sedaya upaya. Kalau kita beriman, kita akan mendapat pertolongan Allah untuk berdepan setiap ujian.

Sedangkan orang yang memilih untuk terus membenci, mereka hanya bergantung kepada kekuatan diri mereka sendiri. Ingat, kita bukan mangsa. Kita hanya sedang diuji sahaja. Maka, tidak perlulah dilayan sangat rasa lemah dan resah yang singgah. Allah bersama kita. Kuatlah!

#kongsiilmu
#reading

Solusi ( Isu: 106)







😊😊😊😊😊😊Thank You

Tuesday, November 21, 2017

Perempuan , Fitrah dan Hati

Assalamualaikum....


Hari ini saya nak 'share' something pasal makhluk yang bernama PEREMPUAN...
Kenapa PEREMPUAN? Sebab aku pon tergolong dalam makhluk ni jugak...
Menjadi PEREMPUAN ini fitrah, fitrah yang akan dibawa menjadi amanah dari Allah yang seterusnya untuk memilih jalan hidup yang baik atau yang buruk..

Ya!... hidup memang pilihan... bukan mudah menjadi makhluk bernama PEREMPUAN dan begitu senang juga menjadi makhluk bernama PEREMPUAN.... cuma aku banyak tekankan pada PEREMPUAN... sebab dalan Al-Quran banyak surah mengenai PEREMPUAN.. dan Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda :

" Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya ialah 'fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita "

(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dan... Lelaki pun sama ada kala tidak mudah menjadi LELAKI  dan adakala mudah untuk menjadi LELAKI... jadi Tuhan memang Maha Adil... kerana setiap hambaNya yang Allah cipta mempunyai aturan yang berbeza... takkan sama... sebab masing - masing  mempunyai kekuatan , keyakinan, kesabaran, dan ketabahan yang berbeza-beza. Kita sebagai hamba diuji sesuai dengan kemampuan masing-masing...

Pada masa dahulu, sebelum kedatangan Islam..sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW , kaum perempuan direndahkan martabatnya, setiap bayi perempuan yang lahir akan dibunuh dengan cara ditanam hidup-hidup... dan setelah kedatangan Islam, Islam mengangkat taraf kaum wanita menjadi mulia kerana syurga seorang LELAKI terletak pada tapak kaki seorang wanita yag dipanggil UMMI, IBU, MAK, MAMA, MOMMY dan sebagainya.. hebatkan?

Kaum Hawa ini Allah ciptakan untuk lengkapkan hidup makhluk bernama lelaki , Kaum Adam... berpasang-pasangan dan untuk mengimbangi kehidupan di dunia sebab tu Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam A.S... kenapa tulang rusuk? kenapa Allah tak ciptakan Perempuan daripada bahagian yang lain Nabi Adam A.S?


"Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan".

(HR. Bukhari dan Muslim).



"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".
(Al-Qur'an Surat 4 An-Nisaa' Ayat 1).


Perempuan walau nampak kasar macam orang lelaki tapi sebenarnya hati perempuan ni lembut dan rapuh. Seperti kepingan seramik yang nipis... apabila dipegang tidak boleh terlalu kuat kerana ia akan pecah.. tidak boleh terlalu lembut kerana ia akan terlepas dan pecah begitulah ibarat hati seorang perempuan sebaliknya ia perlu dijaga... itulah fitrah seorang perempuan yang diciptakan oleh Allah daripada tulang rusuk.

Sunnah Rasulullah SAW lemah lembut terhadap wanita,
Rasulullulah SAW sangat cermat apabila berbicara dengan kaum perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Baginda melarang umat Islam untuk menyakiti apatah lagi menzalami mereka. Dalam peperangan pun, kaum wanita tidak dibenarkan dibunuh tanpa sebarang sebab.

Nabi mengibaratkan wanita seperti kaca-kaca sifatnya rapuh dan mudah pecah. Perempuan sinonim  dengan sifatnya yang lembut, sensitif, serta lemah sifatnya berbanding lelaki untuk menjaga serta melindungi golongan wanita sebaik-baiknya.

Baginda sangat prihatin terhadap kaum wanita baik dalam urusan dunia mahupun akhirat. Baginda akan meluangkan masa untuk mengajar ilmu agama kepada isteri dan kaum wanita lainnya. Sedaya upaya baginda membentuk para wanita menjadi golongan yang dipandang mulia, berilmu dan solehah.

Rasullulah SAW sering membela wanita yang lemah. Sebahagian besar isteri baginda ialah janda yang kesusahan. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari atau mencederakan isterinya walaupun ketika dalam keadaan marah.

Kesimpulannya, fitrah menjadi wanita ni berbeza dengan kaum lelaki hati mereka kuat walaupun dipandang lemah. Ada pepatah mengatakan susah untuk lelaki menjadi setabah wanita... tapi sejauh mana pepatah membuktikan kaum wanita itu lebih tabah... Wallahualam... hakikatnya hati perempuan memang halus dan sukar difahami oleh kaum lelaki, lagi lembut dan perlu ada cara untuk menangani hati seorang wanita .

<3 Nas_Shafie









Sunday, October 15, 2017

Faedah Kita Berada Dalam Persahabatan Ini....

#sharingfromwhatsappgroup

Kepada siapapun penulisnya, semoga beliau mendapat manfaat yang baik di sisi Allah SWT, Tuhan Yang Esa.

Selamat Tinggal 1438H
Salam Maal Hijrah 1439H

FAEDAH KITA BERADA DALAM PERSAHABATAN INI

Allah mempertemukan kita untuk beribu alasan..

Entah untuk memberi atau untuk menerima...

Entah untuk belajar atau untuk menyampaikan...

Entah untuk bercerita atau untuk mendengarkan..

Entah untuk sesaat atau untuk selamanya...

Entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya untuk sekadarnya...

Semua tidak akan ada yang sia-sia kerana Allah yang mempertemukan...

Hidup kita saling mengisi...

Jadi jika ada perbedaan, itu adalah hal yang sangat biasa...

Tidak perlu diperbesar dan jangan jadikan ia punca perpecahan sehingga memutuskan tali silaturrahim yang sudah terjalin...

Mungkin kehadiran kita adalah jawapan atas doa-doa saudara kita...
Sebagaiman mereka pun adalah jawapan atas doa-doa kita...

Jika sudah menjadi takdir Allah SWT,
Meski dengan jarak beribu-ribu kilometer jauhnya, kita tetap
akan dipertemukan, dalam satu ikatan 'Ukhuwah'...

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi, dan bukan pula Syuhada. Tetapi para Nabi dan Syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka"

Seorang Sahabat bertanya

"Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka yang dimaksudkan itu? Agar kami dapat turut mencintai mereka' ujar para sahabat.

Lalu Rasulullah S.A.W menjawab

"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi kerana Allah SWT Tanpa adanya hubungan darah, keluarga dan nasab antara mereka...

Demi Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu BERSINAR bagaikan CAHAYA di atas mimbar-mimbar dari cahaya.

Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih .
(HR. Abu Dawud)

Apapun status sosialmu, betapa tinggi pun kedudukanmu dalam karier dan kehidupanmu... Namun, kau tetaplah manusia biasa yang tak luput dari khilaf, salah dan dosa di hadapan Tuhanmu dan juga manusia-manusia lain... yang kelak akan dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan oleh orang lain...

Jagalah selalu silaturrahim dan hubungan baik pada sesamamu.. Semoga Bermanfaat..

SABAR DAN SYUKUR SELALU 😘

Thursday, September 7, 2017

Antara Doa & Dosa

Bismillahirahmanirahim...

Coretan ini ditulis dari hati untuk hati. Bukan untuk menghukum atau mengadili tetapi untuk muhasabah diri dan menghisab diri.

Ada diantara doa yang tidak terkabul, adakah kita sudah merenungi pada dosa-dosa kita selama ini.
Dosa yang terbiasa yang membuat kita keras hati, cubalah tengok hati, terlanjur mengeras dan tidak makan dinasihati.

Keras hati yang membuat kita merasa tinggi hanya mahu memberi nasihat tapi tak mahu diperbetulkan.
Maka ia akan terus menjadi-jadi secara tidak langsung, atas dosa yang mungkin kita tidak sedari.

Memburu cantik duniawi, lupa kawal diri, akhirnya melanggar aturan Illahi, itulah hati yang terkotori.

Bagaimana dosa bisa diampunkan, jika hati banyak terkotori? Jika dosa senantiasa terukir setiap hari?

Cubalah muhasabah diri, hitung dosa diri sendiri, dosa interaksi, bukan sekadar menyesal tapi perlu taubat.

Kawan, aku menulis ini bukan untuk menunjuk diri, bukan untuk dihargai, tapi bentuk nasihat diri.
Mohon dimaafkan jika diri ini terlampau tak termaafkan, kerana terlampau banyak dosa berinteraksi.

Semoga 'qalbun salim' kita miliki, sehingga hati ini tetap terdorong untuk menghisab diri setiap hari.
Bukan untuk mendapat pujian tapi untuk sama-sama kita renungi agar hati tidak mati.

'(Iaitu), hari di mana tidak berguna lagi harta & anak-anak kecuali mereka yang datang  menemui Allah dengan hati yang bersih (bersih dari kesyirikan dan kekotorannya)

(Asy-Syu'ara : 88-89)

#translate
#majelistausiyahcinta.ig


Tuesday, August 22, 2017

Jangan Memenjarakan Diri Sendiri- Prof. Dr. Muhaya

Jika menginginkan sesuatu tuliskan pada sehelai kertas.
Kemudian, bayangkan anda telah memilikinya. Namun, dalam masa yang sama, fikirkan adakah perkara tersebut bertepatan dengan kehendak Allah dan memberi manfaat kepada orang lain?

Jika nilai ukur ini dipenuhi, inshaAllah setiap hajat yang dipohon pasti akan dimakbulkan. Selalunya seseorang yang menginginkan sesuatu tetapi tidak memperolehnya setelah berusaha dan berdoa, kemungkinan individu tersebut mahukan sesuatu yang hanya memberi keuntungan kepada dirinya sahaja.

KEHIDUPAN YANG DIPENJARA

Inilah yang saya maksudkan sebagai kehidupan yang dipenjara. Mereka yang hanya menumpukan keinginan dan kehendak, maka lahirlah desakan yang kuat. Keadaan ini menyebabkan manusia berasa tidak cukup dan tidak puas dengan apa yang telah ada, seterusnya menghasilkan tekanan dan kekecewaan andai tidak dapat memenuhi keinginan tersebut.


PENJARA FIZIKAL 

1. Individu yang dipenjara secara fizikal,andainya reda dengan ketentuan, maka fikirannya akan 
    bebas.

2. Fikiran yang bebas daripada sebarang gangguan dan tekanan membolehkan individu ini 
    memperuntukkan waktu tersebut sebagai satu keadaan untuk bermuhasabah diri dan 
    mengembangkan minda.

3. Melalui kuasa minda yang positif, individu ini mampu pergi ke mana sahaja walaupun fizikalnya 
    terpenjara.


PENJARA MINDA

1. Cetusan fikiran yang menghalang seseorang untuk memahami dan melihat perkara baik yang ada 
    pada dirinya, sekali gus menghalang diri daripada bertindak dengan betul.

2. Fizikalnya bebas tetapi fikiran dipengaruhi dengan pelbagai virus minda yang memenjarakan 
    dirinya.


POSITIFKAN FIKIRAN

Setiap perkataan yang diutarakan merupakan sistem kepercayaan, sistem nilai dan tabiat yang boleh memenjarakan diri kita. Jika seseorang itu tidak membuat perubahan kepada fikirannya, maka dia akan sentiasa terbelenggu dalam penjara kehidupannya. Ini kerana dia gagal mengatasi sebarang unsur negatif yang melemahkan dirinya untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Individu yang mempunyai masalah dan gagal menyelesaikannya ialah orang yang terpenjara dengan kata-kata, tanggapan dan fikiran negatif daripada diri sendiri.

Masalah tidak dapat diselesaikan sekiranya pemikiran dan emosi tidak diperbetulkan. Hal ini kerana pemikiran dan emosi yang betul sahaja dapat menyelesaikan masalah dunia luaran.


SOLUSI isu 101

#bacaansaya

xoxo : nas_shafie


Wednesday, August 9, 2017

Self- Therapy (Terapi Diri)

Bismillahirahmanirrahim....πŸ’œπŸ’œπŸ’œ



Assalamualaikum....

Mengenai tajuk post kali ni mesti nak kata aku sedih.... erm... so takkan nak tipu pulak... normal as a human, dalam hidup mesti ada sedih , ada gembira, kecewa dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur baur... so the main point dalam post kali... is how to deal with those all negative feelings? dalam Bahasa Melayu nya macam mana kita nak tangani semua perasaan yang negatif tu.. tak salah ada perasaan sedih, menyesal , malu, kecewa dan macam-macam lagi sebab kita ni manusia tak sempurna... Yang salahnya bila kita terlalu berlebihan melayan perasaan tu... macam Rasulullah SAW cakap semua perkara yang berlebihan adalah tidak baik... jadi boleh melayan perasaan sebenarnya tapi berpada... sebab itu Islam mengamalkan agar berserdahana (wasatiyyah) dalam semua perkara...

Kadang Allah timpakan ujian pada kita sebab Allah nak bagi kita rahmat selepas ujian... ada ujian juga sebagai petunjuk dan pengajaran buat kita... Ingat.. bukan saja-saja Allah bagi ujian bersebab semuanya,, bersangka baik pada Allah dan aturan Nya.. dan Allah bagi ujian pada kita pada hal yang paling kita lemah... paling liat kita nak 'handle'...sebab tu kadang sesuatu perkara tak baik tu jadi berulang-ulang pada kita sebab kita belum belajar dan ambil iktibar disebalik ujian yang kita hadapi.. selagi kau tak 'deal' nak menghadapi masalah tu... selagi tu Allah akan bagi ujian yang sama untuk kau belajar....dan ujian yang Allah bagi pada kita takkan diluar kemampuan kita.. itu janji Allah.. πŸ˜‰

 Contoh kata kalau kita ni seorang yang panas baran.. Allah akan datangkan pada kita orang yang suka buat kita marah.... tak payah salahkan orang yang buat kita marah tapi... Allah hadirkan seseorang yang buat kita marah sebenarnya untuk macam mana kita 'deal' dengan baran kita... Marah itu kan syaitan... sebab tu kita digalakkan ambil wudhuk ketika marah atau minum segelas air πŸ’§dengan 'a'uzubillah himinas syaitaonnirajim' dan 'bismillahirahmanirahim'..


Contoh kedua macam aku... aku tak nafikan untuk sesetengah perkara aku ni kurang penyabar kalau boleh semua benda nak kalau ada silap sikit aku akan tanya kenapa macam tu? kenapa jadi macam ni? ia bukan kenapa? yang positif sebaliknya pertanyaan yang membawa perasaan tak puas hati... jadi Allah uji aku dengan hadirkan orang-orang yang selalu buat aku hilang sabar... serius... kalau kita tengah marah kita akan kata kita jew betul orang yang buat kita hilang sabar tu yang salah... cukup lama juga aku diuji dengan perkara-perkara begini sampai satu tahap... aku bertanya pada Allah, kenapa aku selalu hilang sabar...masa tu lah aku mula tergerak hati macam mana nak 'deal' dengan rasa kurang sabar... so lepas ni aku akan cerita macam mana aku 'deal' dengan negatif-negatif feelings ni semua...

Ok.. berbalik pada tajuk post di atas, ada beberapa 'method' yang aku gunakan kalau aku tengah sedih, kecewa , malu, menyesal, rasa bersalah, tak yakin dan macam-macam lagi perasaan-perasaan yang negatif.. so aku anggap semua 'method' ni sebagai self- therapy  diri aku untuk sentiasa tenang...inshaAllah πŸ˜‡


1. Solat awal waktu.... 

Dulu-dulu aku tak nafikan memang setiap waktu solat aku lewatkan bukan tak sengaja tapi sengaja sebab pentingkan hal dunia... konon siapkan kerja cepat la, dulukan kerja lain dari solat la.. at last tak siap kerja lambat solat... masa tu aku lupa.. lupa siapa yang mengatur masa... Allah SWT...
Jadi, bila kita solat awal waktu... seperti kita mendahulukan Allah dulu..selesaikan urusan dengan Allah dahulu sebelum melakukan perkara duniawi kita... solat ni kita 'stop'kan diri kita daripada pikir perkara yang menyerabutkan otak kita... lepas solat jangan lupa berdoa dan beristighfar .. jangan sombong dengan Tuhan kita... Allah suka bila hambaNya berdoa kepadaNya .. setiap istighfar juga Allah akan bantu kita keluar daripada kesulitan yang kita hadapi....mengabdikan diri pada Yang Memberi Rezeki kepada kita... inshaAllah kesannya terasa kita punya masa yang banyak untuk siapkan kerja kita tanpa kelam kabut , ada masa lapang untuk melakukan kerja-kerja lain dan rasa tenang tu akan datang dengan sendirinya... 




2. Jangan Dengar Lagu-Lagu Sedih 

Yes! ini paling susah nak buat sebab masuk kereta jew... mak aii... lagu-lagu sekarang.. Menahan Rindu lah, Tergantung Sepi, Tanpa Redhamulah, Sedalam-dalam Rindulah....... haii... bole hanyut layan perasaan.. jangan!.. paksa la diri untuk tutup radio tu atau tukar pada IKIM.fm... tu lagi baik... pahala pon dapat... dan lepas tu didik lidah dan hati kita untuk lazimi zikir... paksa diri kita untuk melakukan kebaikan ... perkara-perkara yang disukai Allah dan Rasullulah SAW... serius tak mudah nak bermujahadah dalam istiqamah nak buat kebaikan ni... aku sendiri bermula dengan paksa diri...banyakkan mengingati Allah .. inshaAllah hati dan fikiran kau tenang... lama-lama kau akan terbiasa melazimi zikir.. dan dengar-dengar lagu yang banyak mengingatkan kepada Allah SWT.
Macam aku mostly akan dengar lagu-lagu nasyid, Maher Zain, Humood Al-Khuder, Harris J... lagu diorang mostly lyric banyak mengenai akhlak, adab, dan motivasi pada diri sendiri... it brings you calmness... 




3. Sibukkan Diri Dengan Buat Perkara Bermanfaat

Erm... stail aku kalau sibukkan diri ni... macam-macam... macam aku 'passionate' pada masak , melukis, dan membaca...

Macam masak... selalunya hari bekerja memang idok le aku nak ke dapur... hehe πŸ˜…tapi kalau hujung minggu tu selalu... sebab puan ibu dah memang mohon cuti masak bila hari minggu sekadar memerhati sahaja... huhu... so aku akan decide lebih kurang dalam 2 atau 3 macam lauk pauk... dan otak aku memang akan fokus untuk masak dan siapkan semua lauk yang dah decide....




Melukis.... ini memang hobi aku.. cuma hobi ni memerlukan masa yang betul-betul berkualiti.. sebab aktiviti melukis ni memerlukan idea.. 'time' tak de idea memang tak de benda la yang muncul atas kertas nanti... tak pon kalau aku malas sangat nak perah idea melukis aku just beli buku mewarna untuk orang dewasa jadi aku jimat masa nak pikir idea... haha.. cuma aku just perah idea untuk mewarna jew... selalunya bila aku buat aktiviti macam ni... aku lupa semua kekusutan aku untuk seketika... sebab 'passionate' aku memang suka melukis... dan mewarna...🎨




Membaca... minat membaca aku mula timbul sejak aku bekerja.... haha... kelakar tak?... dulu zaman belajar pemalas sangat nak membaca.... πŸ˜…dah bekerja ni la... macam-macam buku yang aku kumpul.. tak sampai setahun rak dah penuh.... macam-macam genre buku yang aku baca... cuma aku kurangkan buku-buku novel cinta cintun ni... sekadar selingan boleh la baca sekali sekala... tak nak otak terpengaruh hidup macam dalam drama TV...  life ni reality yang kita kena hadap... so face the reality... buku-buku bergenre motivasi, keagamaan, bibliografi orang-orang berjaya, buku travelog... dan banyak lagi jenis buku yang mampu improve diri dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.... bila kita dah banyak serap ilmu melalui membaca... kalau ada perkara yang meragukan fikiran dan perasaan kita wajib untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu... dan pastikan orang yang kita rujuk tu adalah orang yang betul untuk dirujuk... ada beberapa buku yang menjadi pilihan aku masa aku sedih.... untuk kita bertambah yakin dengan diri kita sendiri.. InsyaAllah.. 😊

Bertanya Allah Dahulu oleh Insyirah. A
Jom Audit! Kekal Positif oleh Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad


(p/s: nanti aku akan review pasal buku-buku yang aku 'suggest' untuk baca pada next post... check out! πŸ˜‰)

Cuba Buat Amalan-amalan Sunat... Yup.... salah satu cara juga untuk membuat diri kau tenang dan mencari kekuatan untuk ujian-ujian yang mendatang ... aku belajar untuk buat solat sunat taubat sebab aku teringat ustaz cakap kita ni hari-hari ada buat dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak jadi aku cari buku untuk buat amalan-amalan sunat.. baiki bacaan surah... dan aku belajar buat tahajud .. insyaAllah masih istiqimah untuk buat setiap hari sama jugak solat sunat taubat... bukan senang ok, it takes times and  i'm still struggle it untuk buat semua amalan-amalan sunat ni... dulu aku tak amik kisah pon.. sebab aku pikir buat wajib jew dah cukup.... tapi sebenarnya tak... tak cukup pon... walaupun kita solat 5 waktu tapi diri kita masih tak tenang, hidup masih cacamarba tu tanda amalan kita memang tak cukup... Bila Allah dah gerakkan hati kita untuk melakukan kebaikan pilihlah untuk terus kerjakan.. sebab kita tak tahu bila ajal kita akan sampai... Allah tak nak kita hanyut dengan bisikan syaitan.. dan mati dalam keadaan su'ul khatimah (pengakhiran yang tidak baik)... mestilah kita akan pilih untuk Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) kan??.

4. Menggaji

Antara self-therapy paling memberi kesan.... setiap lepas solat aku akan cuba untuk habiskan menggaji sekurang-kurangnya 1-2 mukasurat... takpun biasanya aku akan ambil masa lepas maghrib sementara menunggu waktu isyak atau sebelum masuk waktu subuh  aku akan menggaji sambil taddabur dan waktu malam sebelum tidur... selalu menggaji tapi tak paham maksudkan... so cuba untuk baca maksud setiap ayat al-quran... dan dalami maksud-maksud ayat al-quran tersebut.. yes... selepas tu kita akan mula paham apa yang jadi pada kita ujian semua ini adalah aturan... aturan Allah SWT.... aku paling suka ayat :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216) 


Kadang Allah SWT timpakan ujian pada kita dan kita tak suka dengan perkara tu.. padahal perkara buruk tu berlaku sebab ia baik bagi kita... ada rahmat yang Allah nak bagi selepas ujian... perkara yang kita suka padahal ia membawa mudarat pada diri kita...

Bagi aku menggaji terapi paling berkesan bagi aku.... masa menggaji adakala tak kuat sangat akan menangis la.. tapi lepas tu akan okay... sangat-sangat okay... makin lama menggaji aku dah boleh cepat redha dan ikhlas apa-apa perkara yang berlaku... tanpa perlu bertanya dalam diri.. kenapa semua benda ni jadi pada aku? soalan tu akan mati macam tu jew... sebab nyew Allah SWT dan bagi jawapan pada kau... berlapang dada dengan apa yang berlaku dengan setiap perkara .. sebab aturan Allah SWT adalah sebaik-baik aturan... DIA lagi Maha Mengetahui.... dalam erti kata lain buat tak tahu jew sambil berdoa biar Allah aturkan yang baik-baik untuk kita... sebab Allah SWT merancang perjalanan hidup kita dengan cintaNya kepada hamba-hambaNya... bukan mudah... sedangkan aku masih 'struggle' untuk terima kenyataan yang kita tak pasti jawapannya... jadi jawapannya Allah SWT yang tahu... DIA Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu...


Aku recommended sangat Al-Quran terbitan Karya Bestari ni... sebabnya
kalau tak faham maksud , di bahagian bawah terjemahan akan ada penerangan
mengenai terjemahan. 😊 

5. Sentiasa Kekal Positif 

Ini pon salah satu method yang agak susah jugak... sentiasa kekal positif dan bersangka baik pada semua orang walaupun orang tu 'pendajjal' kita... hahaha... susahkan... ya.. itu yang aku lalui.. hahaha... (maaf lah ketawa sekadar nak menceriakan dari terus baca tips yang agak serius ni) πŸ˜‹... tapi inshaAllah kalau buat semua tips yang yang kat atas tadi.. inshaAllah semua positive vibes tu akan datang dengan sendiri... niat untuk bersihkan hati.... inshaAllah Allah bantu kita.. lagi satu sentiasa perbaiki amalan kita... jangan paksa diri... Allah SWT suruh buat ikut kemampuan kita.. tapi jangan lupa DIA... sebab DIA Pemilik kepada seluruh alam...


Ok.. Sekian bebelan saya..
Hope dengan tips kat atas dapat bantu kawan-kawan yang sedah bersedih.. InshaAllah...
La Tahzan Innallahuma'ana (Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita)

xoxo, nasuchan πŸ’—


Thursday, July 20, 2017

Aku & Raya 2017

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog saya yang baca secara sengaja atau tak sengaja... saya amat hargai .. :)

Maaf sekali lagi sebab belum sempat 'update story' pasal diri ini yang makin tua dan banyak komitmen yang yang perlu didahulukan dan diselesaikan... huhu...

Anyway, untuk post kali ini mestilah nak citer pasal raya.... Ada apa dengan raya? Apa sebenarnya Raya pada definisi korang?Erm....

Raya pada erti orang dewasa... ialah... takot sebenar nyew.. huhu... sebab musim raya ni nak habiskan banyak duit untuk macam-macam perbelanjaan... perbelanjaan untuk persiapan Raya... barang dapur untuk raya, perhiasan rumah, baju raya untuk keluarga, duit raya untuk sanak saudara, servis kenderaan nak balik kampung dan macam-macam lagi.. takot kan... haha.... takot bukan sebab apa... memikir lepas raya kena pakai duit  jugak sebelum gaji masuk... haha..? Huhu..jangan risau..asalkan niat tu betul... InshaAllah ade je rezeki nya nanti.. kan... jadi nyew berbelanja lar berpada-pada beli apa yang perlu sahaja.. bersederhana lagi bagus... tak perlu membazir.... selagi masih elok barang gunalah sebaik nya, kalau rosak sikit sebaik nyew diperbaiki dahulu... kalau dah teruk sangat2 baru tukar... tukar yang baru pon biar lah ikut kemampuan.... nengok poket dulu sebelum berbelanja... hehe


Raya pada erti remaja.. ialah... phone, selfie, wefie, media sosial .. dan sebagainya... haha.. rase nyew kot :P.. :P..
dan beraya rumah kawan2, girlfriend, boyfriend, ex2, dan sebagainya... (ok.. sorry gurau jew.. haha)

Raya pada erti kanak-kanak pula... ermmm... tak payah 'explain' rase ... sebab  diorang lah golongan paling seronok... dapat duit raya, baju raya confirm ada , pergi beraya satu kampung, habiskan kuih raya dan macam-macam lagi...

Raya aku tahun ni, sama jugak seperti raya sebelum-sebelum ini, sejak 4 tahun lepas satu-satunya nenek yang besarkan aku pergi tinggalkan kami sekeluarga  buat selamanya.. Raya dah tak meriah macam dulu... tak dapat nak merasa kuih tart nenas 'legend' arwah mak tok dari air tangan arwah mak tok sendiri... dah tak dapat nengok lagi arwah mak menganyam ketupat, dengar bebelan malam raya sebab mesti ada jew yang tak siap nak kemas... hehe... rinduu kot.... huhu... Al- Fatihah untuk arwah mak tok..

Plus tahun ni, gambar raya dengan family tak de langsung.... aku tak tahu kenapa? tak sempat nak bergambar pon satu hal jugak.. tahun ni jugak aku decide tak beli baju raya pon sebab awal tahun ni aku dah beli baju baru 3 pasang tu pon baru pakai sekali masa wedding cousin aku sebab jadi bridesmaid...

Ni gambar wardrobe aku, ni semua baju kurung yang memang pakai hari-hari pergi kerja
ada yang berapa helai baru pakai sekali... banyak kan... so tak yah nak membazir beli untuk raya
tahun ni... cuma tudung shawl aku beli 2 helai warna yang tak pernah ada untuk bagi kelainan... :P


Kuih raya tahun ini, maaf le yew... semuanya tunjuk-tunjuk... haha.. bukan malas taw... tapi sebab kekangan sibuk bekerja dan bulan puasa tahun ini aku decide beli jew kuih raya sebab nyew, Ramadhan tahun ni aku nak tumpukan ibadah lebih sikit... nak istiqamah untuk tingkatkan ibadah bulan Ramadhan ini susah sebenar nyew... sebab macam aku orang perempuan selalunya nafsu nak bershopping atau fikir pasal raya tu banyak jadi tahun ni azam untuk kurangkan fikir pasal persiapan Raya, settle kerja pejabat sebelum raya itu amanah yang perlu diutamakan ... lebih banyak beserderhana untuk sambut Raya .. itu lagi baik sebenar nya kan.. :)

Pada aku raya ni, ialah untuk eratkan silaturrahim lagi, bermaaf-maafan sesama saudara mara dan kenalan, bersihkan hati, bersangka baik dengan semua orang, dan yang paling penting hubungan dengan Allah juga kena jaga.. bukan bulan puasa jew lebihkan ibadat tapi sebaliknya diteruskan dengan penuh istiqamah... inshaAllah.. :)



Kuih Raya tahun ni, beberapa jenis jew boleh kira dengan jari.. cuma yang kat gambar ini
antara kuih yang wajib ada setiap tahun,, sebab mudah nak dapat sebab mak long aku yang buat..
haha.. kira ok la kan support bisnes mak sedara.. hehe


Raya memag dah tak semeriah dulu... tapi disebabkan aku duduk di rumah arwah nenek kira jadi 'main house' la, kalau adik beradik ibu dan ayah aku balik memang diorang 'stay' atau singgah kat rumah aku sebab nya senang nak ziarah kubur arwah tok, nenek, dan moyang2.... tak kesah pon.. sebab bila diorang datang aku rasa meriah tak de la sunyi macam hari-hari biasa... hehe... 'the best part is' mak cik-mak cik aku akan 'volunteer' untuk masak bila diorang balik kampung ikut menu yang diorang cadang.. makan ikut jew la apa yang diorang nak masak... memang kami sekeluarga tak cerewet pon bab makan... makan jew... apa yang dah disediakan... :)

Ok, bab sepupu sepapat aku kalau yang sebaya aku memang ada yang dah kahwin dan ada yang bujang pon.. tahun ni raya diorang balik kampung lambat .. atau tak balik langsung.. biasalah kalau dah nama bujang.. kekangan tak de benda lain selain kerja... yang dah kahwin paham-paham jew la... rentak dah lain dari masa bujang dan sibuk dengan pasangan masing-masing..

Raya tahun ni memang sedikit hambar... tapi Alhamdullilah.. Syukur dengan apa yang ada... :)

Belanja sikit gambar2 raya tahun ni... walaupun semuanya gambar tangkap muat... huhuhu

sepupu- tangkap gambar masa kat highway lepas tu hantar whatsapp habaq 'muka-muka tak sabaq nak buat havoc'  :'D
masa : sehari sebelum raya atas highway sampai kampung nak terus berbuka.. :D



HARI RAYA PERTAMA
YANG MASING2 DI PERANTAUAN RAYA BELAH MERTUA & RAYA WAKTU BERTUGAS
gambar dikirim melalui whatsapp.. :D

sepupu-raya pertama kena keja , it's Ok.. tanggujawab didahulukan
raya sebulan kot.. hehe.. from PPHUKM
credit to: abg.fadli, kak wanie, haq 1, jannah, haq 2.. hehe

sepupu - yang pakai baju melayu biru sebelah kiri.. raya pertama sebagai doktor HO, kad wad bersalin,
tahniah sepupu! status ko WIN!.. haha.. tak pe la.. nyawa ibu dan anak lagi penting .. raya sebulan kot... haha




mak cik dan pak cik Raya Pertama beraya di Kota Bharu, Kelantan... Raya ke-2 jumpa
di Batu Pahat, Johor... hehe... tak de tema tahun ni katanya..
Yang tengah tu pak uda dan anak, cucu, menantu... tak cukup kourum tu.. hehe..
beraya di P.Pinang tahun ni...
 Al-Fatihah untuk arwah Mak Uda ;'( 

SUASANA RAYA PERTAMA DI RUMAH PULAK.....  ERMMM....

sepupu- bila si abang mintak tolong pakaikan sampin tapi adik buat tak taw..
naseb la ko abg... huhu

pak su, mak su, fadlul, fadhilah , farihin.... bila gambar raya dah jadi sempoi.. :'D



pak mi, cik na, irfan, irdina, isyraf..... sorry gambar jd gelap plak :P.. hehe


Ok... jangan tanya kenapa gambar family aku tak de... huhu..

Gambar beraya sakan yang tak berapa nak sakan... beraya dekat-dekat jew rumah-rumah tok sedara..

gambar tak cukup kourum 1


gambar nak cukupkan kourum tapi ramai menyelit... see a lady behind the tiang...
my mum menyorok belakang tiang..
credit : photographer tak bertauliah... tak tahan panas katanya...



pak su, tok yah, mak yah (my mum), mak ngah.. hehe


4 dara pingitan bila beraya mmg tak nak duduk sekereta ngan family... itu perkara biasa... 

bila pak su dan mak su nak jugak join wefie.. wefie...wefie...
huhu... ni gambar comel sgt ni.. tak sempat nak sorok pipi..
 haha... mula2 nak selfie tapi orang belakang bising,,haha

Begitulah, hari rayaku dan keluarga 2017... tak meriah tapi alhamdullilah.... cukup semua... Anyway, sorry lagi sekali.. dah lah update dalam blog lepas tu entah raya ke berapa baru nak post... hahaha..
Sorry sangat

Terima Kasih .. :*

SALAM 27 SYAWAL
P/S : Mood masih beraya sebab rayakan sebulan.. so bagi khatam habis-habis raya tu.. haha

Bye.. See u guys un another post.. ;)



Wednesday, May 31, 2017

5 Keistimewaan Rasulullah SAW Berbanding Nabi Lain

Nabi bersabda, maksudnya:
"Aku dikurniakan 5 keistimewaan yang belum pernah dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku :

1. Aku dibantu dengan perasaan ketakutan yang menimpa musuhku sejak sebulan lagi sebelum
    mereka menemuiku.

2. Muka bumi dijadikan masjid dan suci. Maka sesiapa sahaja antara umatku yang mendapati waktu
    solat, solatlah (di mana sahaja dia berada).

3. Dihalalkan harta ghanimah (rampasan perang) buatku yang sebelum ini tidak halal bagi para nabi
    sebelumku.

4. Aku diberi kurnia syafaat.

5. Kebiasaanya nabi diutuskan kepada kaumnya tetapi aku diutuskan kepada manusia sejagat."

(Riwayat Al- Bukhari)

#bacaansaya
#kongsiilmu


Thursday, April 20, 2017

Seikhlas Jantung

#bacaansaya

Letakkan tangan anda di dada. Terasa ada gerakan yang berlaku dengan irama yang sistematik dan berkala? Kemudian cuba tahan nafas. Berapa lama anda boleh bertahan? Satu minit? Lima minit? Boleh lebih daripada itu?

Ah, sukarnya! Mengapa? Ya, kerana tanpa nafas anugerah Allah, berakhirlah kehidupan kita sebagai insan.

Jantung Yang Berjasa

Jantung anugerah Allah yang memungkinkan kehidupan diteruskan. Saban hari jantung patuh dengan tugasan; mengepam darah ke seluruh badan bagi memastikan segala proses hidup berjalan dengan baik.

Dengan bantuan tulang rusuk yang mengembang, menyebabkan isipadu rongga dada bertambah, tekanan dalam badan berkurang, udara yang mengandungi oksigen berupaya memasuki saluran pernafasan hingga ke alveolus (bahagian jantung berbentuk gugusan buah anggur). 

Oksigen yang dibawa masuk seterusnya dialirkan ke seluruh badan bagi memungkinkan proses-proses hidup; respirasi, perkumuhan dan penghadaman berjalan. Besar sekali jasa jantung kepada kita! Bayangkan jika jantung tidak lagi berfungsi, kita akan bergelar jenazah!

Walaupun khidmat jantung begitu bernilai, jantung melakukan tugas tanpa disedari. Melaksanakan tugas tanpa henti secara diam dan tanpa perlu dihargai. Jantung tetap dengan tugas sebagaimana yang diamanahkan Pencipta. Akan terus berdenyut hingga tiba detik denyutan terakhir.

Mencontohi Jantung

Dalam kembara hidup yang sementara ini, kita diamanahkan dengan pelbagai tanggungjawab sesuai dengan tahap pendidikan, pengalaman dan kedudukan sosioekonomi. Namun, di mata Allah semua insan adalah penting. Kalau tidak masakan kita diciptakan. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia.

Seperti jantung, seharusnya segala tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik, tekun, tenang, damai dan istiqamah. Dan paling utama, melaksanakannya dalam diam tanpa minta diketahui oleh semua. Justeru tugas itu amanah. Lantas, laksanakanlah tanpa kerenah!

Laksanakanlah tugasan dengan baik hanya kerana Allah. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih atau ganjaran daripada manusia. Jangan bimbang. Ganjaran bagi setiap kebaikan yang kita lakukan tidak pernah sia-sia. Malaikat sentiasa mencatat. Allah sentiasa melihat. 

Bukan itu sahaja, setiap kesedihan, penat lelah dan kekecewaan tercatat dalam buku amalan yang bakal dipertontonkan di akhirat. Justeru apa yang ingin dirisaukan tentang apa yang orang kata, fikir dan lakukan. 

Sebaliknya lakukan tugas kita sebaik mungkin tanpa keluhan, rungutan dan rasa ingin dimuliakan, lantaran kemuliaan itu milik mutlak Allah. Jika kita mulia di sisi Allah, bermakna kita sudah memiliki segala-galanya.

Kawal Niat Dalam Diri

Bagi setiap kejayaan, bersyukurlah kepada Allah. Bagi setiap ujian yang melanda pula, bersabarlah kerana-Nya. Sebagaimana jantung, walaupun kehadirannya tanpa disedari, namun istiqamah dalam tugasan, membantu kelangsungan hidup insan.

Bahkan kita juga tahu akan maksud hadith " setiap amalan itu bergantung kepada niat." (Riwayat Al- Bukhari) Seseorang akan mendapat ganjaran atas apa yang diniatkannya. Justeru antara sebab kebaikan kita ditolak adalah kerana tiada keikhlasan. Kita melakukan bukan kerana Allah tetapi berbekalkan sifat riyak, menunjuk-nunjuk dan mengharapkan pujian serta sanjungan,

Diceritakan bahawa di akhirat nanti tiga orang; ahli Al-Quran, dermawan dan orang yang mati syahid. Kesemuanya dibicarakan di hadapan Allah. Mereka mengaku bahawa segala yang dilakukan adalah kerana Allah. Namun Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ghaib dan nyata, menyangkal semua kesemua dakwaan mereka lantaran mereka melaksanakan segalanya kerana mengaharap sanjungan manusia.

Si dermawan, ingin dianggap sebagai orang yang suka menderma. Ahli Al-Quran pula ingin disanjung dan diiktiraf sebagai orang alim dalam Al-Quran. Manakala yang mati syahid pula ingin dikenal sebagai seorang pahlawan yang berani. Akhirnya, kesemua mereka dimasukkan ke neraka lantaran amalan yang tertolak.

Justeru, tidak kira seorang ahli Al-Quran , dermawan atau orang yang mati syahid sekalipun, kalau niatnya bukan kerana Allah, semua amalan akan menjadi sia-sia. Alangkah ruginya!

Diam-Diam Jantung

Lantaran itu, lakukan segalanya dalam diam, seperti jantung. Kalau menderma, biarlah tangan kanan yang memberi, dan tangan kiri langsung tidak menyedari. Itulah wasiat junjungan.

Betapa murninya hati dan sikap yang dimiliki para sahabat. Seharusnya inilah yang perlu kita teladani. Melaksanakan segala kebaikan dalam diam tanpa mengaharap balasan, ganjaran, pujian dan sanjungan.

Itulah antara ibrah yang kita boleh ambil daripada organ dalam diri bernama jantung. Sememangnya jantung amat tinggi nilainya. Bukan sekadar penyambung usia, malah dari segi akhlak, Bekerja dalam diam, tanpa disedari, hanya patuh pada suruhan Ilahi. Kita juga, lakukanlah segala kebaikan dalam diam, hanya mengharapa redha Ilahi. Jangan jadi seperti ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung.


ANEKDOT 1
SEIKHLAS UMAR

Walaupun bergelar khalifah, namun beliau melaksanakan tugas-tugas kebajikan pada malam hari tanpa sesiapa menyedari. Disantuninya ibu miskin dengan membawa sendiri gandum untuk keluarga yang memerlukan, khususnya anak kecil yang menangis meminta makanan.



ANEKDOT 2
SEIKHLAS ALI

Orang miskin dan memerlukan dibantunya secara rahsia, tanpa mereka mengetahui hinggalah saat kematiannya. Mereka hanya menyedari beliau yang membantu lantaran segala bantuan tidak diperoleh lagi.


ANEKDOT 3
SEIKHLAS KHALID

Semangat juang beliau dalam peperangan tidak sedikit pun terjejas saat dilucutkan jawatan panglima perang oleh Sayidina Umar Al-Khattab. Belia terus berjuang dengan tangkas dan berani sebagai tentera biasa sejurus menerima berita perlucutan jawatan. Apabila ditanya, beliau menjawab: "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar!"



#sayabacasayakongsi
#inshaAllah
#semogamenjadisedikitiktibar

:)

Sunday, March 19, 2017

Pembunuh Bersiri

#nabibercerita

Rasulullah menceritakan: "Dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang. Kemudian dia bertanyakan tentang orang paling alim. Lalu dia ditunjukkan kepada seorang rahib (orang yang kuat beribadah ). Kepada si rahib dia mengadu bahawa dia telah membunuh seramai 99 orang maka adakah taubat untuknya.

Rahib itu menjawab : "Tidak!"
Lantas lelaki itu membunuh si rahib, maka lengkaplah 100 orang.

Kemudian sekali lagi lelaki itu bertanyakan tentang orang paling alim. Lalu dia tunjukkan kepada seorang alim.

"Sesungguhnya aku telah membunuh 100 orang. Adakah taubat untukku?"

Orang alim menjawab : "Ya, Siapalah yang boleh menghalang antara kamu dengan taubat?
"Pergi ke daerah sekian-sekian. Di sana orangnya beribadah kepada Allah. Maka beribadalah bersama mereka. Jangan kamu pulang ke negeri kamu lagi kerana itu negeri yang teruk!"

Maka lelaki tersebut bertolak, hingga di pertengahan perjalanan dia meninggal dunia.
Malaikat rahmat dan malaikat azab saling merebutkannya. Malaikat rahmat bertegas :

"Sesungguhnya dia pergi dalam keadaan bertaubat dan menghadap Allah sepenuh hatinya."

Malaikat azab pula menolak: "Sesungguhnya dia belum berbuat sebarang kebaikan pun."

Lalu seorang lagi malaikat dalam rupa manusia  masuk campur. Dia pun berkata: "Sila ukur antara dua tempat. Maka mana satu yang lebih dekat, maka si mati ini menjadi haknya."

Mereka pun mengukur lalu mendapati bahawa mayatnya  lebih sedikit dekat dengan tempat yang ingin dituju. Maka malaikat rahmat pun mengambilnya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Solusi (isu 97) m/s 51




Thursday, March 16, 2017

Kreativiti Digital Semudah ABC

Assalamualaikum...

Untuk post kali ini aku nak 'share' macam mane nak berkreativiti secara digital tanpa perlu bersusah payah perah idea mcm guna software 'Paint' atau guna software 'Adobe'.... bagi aku semua orang bole berkreativiti walaupun tak berseni dalam jiwa tu... hehe...

Aku nak kata kreatif... tak de la sangat.. malas nak perah idea sebenar nyew... jadi aku cari 'apps' yang boleh bantu untuk buat kerja-kerja memerah idea-idea kreatif ni,,

Aku guna Canva... buat design secara online... yang sangat mudah ..
www.canva.com

Semua dah tersedia bila guna Canva ni, template, jenis design, image... tinggal edit-edit jew.. tak perlu susah payah 'create' design yang makan masa nak siapkan...


Macam contoh kat atas ni... Canva dah sediakan pelbagai jenis template untuk kegunaan sosial media, poster, blog , presentation dan macam-macam lagi...






Gambar atas ini menunjukkan contoh image yang aku edit guna Canva. Bahagian sebelah kiri terdapat column layout, elements, text, dan backgrounds... tambahan korang boleh upload imej korang sendiri untuk diedit menggunakan Canva.
Nampak mudahkan...  so guna la Canva..

Untuk marketing bisnes sangat-sangat digalakkan sebab korang tak payah keluar kos ribu riban untuk design semata.. guna Canva pon dah boleh...

Sekian post untuk kali ni...

See u in the next post.. <3

Tuesday, March 14, 2017

Jadikan Diri Hamba Sepenuh Masa

Sentiasa muhasabah bermula bangun tidur, ditimpa musibah dan ketika solat.

Jika ditanya, umat Islam pasti mengakui mereka adalah hamba Allah SWT, tetapi siapa di antara kita yang pernah bermuhasabah dan bertanya pada diri sendiri sama ada selama ini kita dahulukan Allah SWT atau diri kita.

Bermula dari awal bangun tidur sehinggalah untuk tidur, berapa kali kita mengingati Allah SWT selain daripada solat wajib 5 waktu. Pernahkan kita bermuhasabah apakah yang telah dibuat sepanjang tempoh itu?

Jika ada, Alhamdullilah, tetapi andai tiada atau jarang sekali melakukannya, inilah saat untuk kita perbaiki diri. Rasullulah SAW mendidik umatnya dengan penuh hikmah dalam semua perilaku dan tindakan dibuat.

Baginda juga mendidik manusia berusaha mendapatkan keredhaan Allah SWT daripada sekecil-kecil perkara seperti senyuman ikhlas pada rakan sekerja sehinggalah sebesar-besar perkara seperti berkorban berjuang dalam peperangan menegakkan kalimah Allah SWT.

'Tidur sebagai Ibadah'

Dalam hal ini, beberapa panduan dibuat bagi membolehkan kita melihat dan mengetahui adakah kita hamba Allah SWT yang sentiasa mengingati serta mengagungkan-Nya. Pertama, lihatlah ketika hendak tidur kerana ketika itu kita leka daripada mengingati Allah SWT.

Pernahkah kita bertanyakan soalan, "Andai aku meninggal dunia ketika tidur, sempatkah aku bertaubat kepada-Nya?"

Tidur itu tidak salah, malah tidur adalah nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia seperti firman-Nya yang bermaksud :"Dan adalah kerana rahmat-Nya , Dia jadikan untukmu malam dan siang supaya kamu beristrehat pada malam hari dan kamu mencari sebahagian kurniaan-Nya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur kepada-Nya."
(Surah al-Qasas, ayat 73)

Rasulullah SAW mengangkat darjat tidur daripada hanya tabiat manusia kepada ibadah kepada Allah SWT. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat takwa mentaati Allah SWT. Oleh itu, hendaklah seorang hamba memerhatikan adab tidur supaya tidurnya tidak sekadar melepaskan lelah, tetapi sebagai ibadah.

Antara adab sebelum tidur yang seharusnya diamalkan adalah bersuci (berwudhuk), berniat melakukan ibadah (tahajud dan sebagainya), bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua Muslimin dan berazam tidak melakukan maksiat apabila bangun daripada tidur.

Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat dan tangan kanan diletakkan di pipi. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas.
Keduanya, adakah kita bangun dari tidur dengan penuh kesyukuran dan mengucapkan Alhamdullilah kerana masih bernyawa. Antara adab selepas bangun tidur ialah hendaklah bangun sebelum masuk waktu subuh, menyapu muka dengan tangan iaitu menyapu kesan tidur dari wajah, mengingati Allah SWT dengan menzahirkan rasa syukur, membaca doa bangun tidur dan bersegeralah berwudhuk serta mengerjakan solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 3)

Selain itu, manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan yang sering dilakukan ialah berfikir bahawa diri mereka sahaja yang paling malang dan menderita sehingga hilang semangat meneruskan hidup.

Hakikatnya, ramai lagi manusia yang menerima musibah malah lebih teruk lagi ujian mereka terima. Kata bijak pandai, "Usah mengeluh jika berjalan tanpa kasut, kerana ada yang berjalan tidak berkaki." Sesungguhnya, kayu ukur kepada kehambaan manusia terhadap Allah SWT adalah ketika manusia berjaya mengatasi musibah atau ujian dengan penuh kesabaran, ketakwaan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

'Jadi Hamba Allah Sepenuh Masa'

Selain itu, faktor yang perlu diperhatikan dalam menilai diri sebagai hamba yang mengagungkan Penciptanya adalah ketika hendak mendirikan solat fardhu. Ketika solat, seorang itu berhubung terus dengan Allah SWT dan sepanjang mendirikan solat, mereka berdoa serta bergantung harap kepada-Nya.

Apa yang sering berlaku ialah ramai yang solat, tetapi akal fikirannya hanyut melayang dengan hal duniawi. Ada juga yang melakukan solat berdasarkan ikutan kerana malu dikatakan orang menyebabkannya terjerumus ke lembah keraguan, apatah lagi bagi mereka yang solat tanpa mengingati Allah SWT.

Jadilah hamba Allah SWT sepenuh masa, bukan separuh masa. Hadirkan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allalh SWT menerusi perbuatan dalam solat. Hal ini menimbulkan rasa seterusnya mewujudkan pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah SWT.

#copypaste
#agamaberitaharian

Ditulis Oleh:

Zalilah Ibrahim
Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


Monday, March 13, 2017

2017 ( a year untold story of me :)

Assalamualaikum.....

Setahun sudah berlalu,,,, sampai blog ni pon lupa nama nyew sape... haha
tapi 'not bad' sekali on blog nengok 'reader' melebihi 10k.... aku pon tak tahu apa yang menariknya blog aku ni... mostly post adalah copy paste dari buku, artikel dan kisah hidup aku sendiri... tapi Terima Kasih banyak-banyak kepada pengunjung yang baca post-post di blog ni & lagi 1 tolong la klik Ads banyak-banyak dalam blog ni.. haha... ( #kumpulduitnakkawen )

Dalam setahun ni, banyak benda sedih & gembira berlaku....

Paling sedih... ateh (pak cik ).. (Hj. Muhd Khair bin Abdul Wahid) pergi meninggalkan kami pada July 2016....
semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Dalam setahun ni jugak, genap 2 tahun aku berkerja dengan True Zeal Sdn. Bhd dan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad banyak pahit manis yang sudah diharugi dan juga banyak perkara yang dipelajari. Alhamdullilah... Terima Kasih dari boss & kawan- kawan sekerja yang terima baik buruk aku dan sama-sama bantu- membantu dalam apa jua kerja... bukan kerja jew kadang hal peribadi pon ada bantu dari segi nasihat atau harta benda.

The speechless moment also happened, :)... I'm already met someone.... #doayangbaik2

Tak terungkap sebenarnya.... banyak perkara yang berlaku.. dan menyebabkan masa aku begitu terhad.. haha... ada jew masa lapang sebenar nyew tapi mood yang tak de... sampai setahun tak de mood nyew... maaf yew... ;)

InshaAllah ak cube untuk update apa-apa yang aku rase menarik untuk dikongsi... :)
Harap pembaca memahami dan tunggu yew...

Bye.
See u guys in the next post...