Monday, September 28, 2015

WAGYU : Lembu Minum Arak

#Ilmu
#Fiqah
#Retype


"Datuk dengar, di Jepun ada lembu yang paling mahal harganya!" ujar Haji Said kepada cucunya yang pernak menuntut di sana.

"Oh lembu Wagyu," jawab Sulaiman.

"Bagimana harganya boleh jadi paling mahal, Man??"

"Kualiti dagingnya. Penjagaannya pun berbeza. Tetapi ada kontoversi. Untuk tujuan menambah baik penghadaman lembu Wagyudan menjamin lembu kenyang pada musim sejuk, makanan lembu ini dicampurkan dengan sake; minuman keras yang diperbuat daripada beras yang sudah diperam."

"Biar betul?? Lembu pun diberi arak?"

"Bukan orang Jepun sahaja, datuk. Penternak lembu Wagyu di sekitar Sungai Margaret di Australia Barat turut melakukan perkara yang sama. Mereka tambahkan wain merah ke dalam makanan lembu."

Terkejut Haji Said mendengar penjelasan "ilmu baharu" daripada cucunya. Dalam hatinya terdetik, bagaimana jika daging lembu yang diberi arak itu dimakan oleh Muslim?

Najis Dalam Makanan

Apa yang berlaku tehadap lembu Wagyu di Jepun dan Australia bukanlah satu-satunya contoh penambahan bahan-bahan kotor dan najis dalam makanan ternakan. Dalam industri ternakan kambing, salah satu makanan yang diberikan kepada haiwan ialah perapan hampas tumbuhan yang dipanggil silaj. Di sesetengah tempat , penternak kambing menggunakan hampas gandum dari kilang-kilang arak untuk dijadikan silaj.

Dalam industri perikanan pula, ada penternak ikan air tawar membaja kolam-kolam ikan dengan tahi ayam untuk mengalakkan pertumbuhan plankton yang menjadi makanan utama anak-anak ikan. Malah kita pernah digemparkan dengan berita penternakan ikan keli di dalam kolam kumbahan ladang babi yang bertujuan untuk membersihkan air kumbahan tersebut. Hasilnya, ikan-ikan hidup dalam persekitaran yang kotor dan makanannya bercampur dengan najis.

Dedak makanan ternakan seperti ayam dan ikan juga mengandungi campuran bahan-bahan yang diragui kesuciannya. Antaranya serbuk daging, tulang dan darah yang bersumberkan bahan-bahan najis seperti darah, bangkai dan binatang haram.

Di Jerman dan Belanda, kajian telah membuktikan bahawa ayam-ayam ternakan diberikan makanan tambahan yang dipanggil hydrolyzed protein. Bahan yang diperbuat daripada unsur babi ini digunakan untuk mempercepat kadar pertumbuhan ayam dalam masa yang singkat. Malangnya kajian membuktikan bahan ini bukan sekadar mempercepatkan tumbesaran ayam, malah telah mengubah keseimbangan sel-sel dalam tubuh ayam. Sel-sel asal tubuh ayam hanya berbaki 40%, selebihnya telah didominasi oleh sel-sel babi!.

Penyelesaian Ilmuwan Kontemporari

Mungkin ramai yang mencadangkan kaedah dan hukum haiwan jallalah digunakan sebagai penyelesaian dalam isu ini. Namun, perubahan keadaan serta perkembangan teknologi yang berlaku sebenarnya menuntut ijtihad baharu dalam kes-kes terkini. Atau sekurang-kurangnya, semakan semula perlu dilakukan terhadap kes-kes terdahulu berdasarkan kajian dan maklumat terkini.
Para ilmuwan kontemporari tidak bersepakat dalam mengeluarkan fatwa terhadap isu ini. Namun begitu, penulis berpendapat bahawa perbezaan fatwa-fatwa mereka dalam isu ini merupakan satu rahmat. Setiap pendapat memiliki kelebihan tersendiri untuk dipraktikkan dalam keadaan yang berbeza.

* Pendapat 1 : Harus Dimakan

Menurut para ilmuwan yang memilih fatwa ini, campuran najis yang terdapat di dalam makanan haiwan tidak memberi kesan kepada haiwan yang memakannya. Hal ini disebabkan oleh jumlahnya yang sedikit. Selain itu, campuran makanan haiwan tersebut telah melalui dua proses iaitu proses tranformasi ( istihalah ) dan pemusnahan ( istihlak )

Dalam proses tranformasi, campuran makanan telah berubah kepada bahan lain yang tidak lagi dikategorikan sebagai najis. Dalam proses pemusnahan pula, sifat-sifat najis yang terdapat pada campuran makanan haiwan telah lenyap. Kuantiti najis yang sedikit dalam campuran makanan juga telah membolehkannya dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.

Fatwa ini telah menjadi pilihan dalam  beberapa persidangan, antaranya Muktamar Fiqah Perubatan, Kuwait, 1995 dan Himpunan Fiqah Sedunia, Dar al- Baidha', 1997. Antara ilmuwan yang memilih fatwa ini ialah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi. Muhammad Abdullah al-Khatib dan Syeikh Jad al-Haqq Ali Jad al-Haq.

Fatwa ini sesuai dipraktikkan jika kuantiti najis dalam campuran makanan adalah sedikit, tidak memudaratkan dan tidak memberikan kesan perubahan terhadap haiwan.

*Pendapat 2: Makruh Dimakan

Sekiranya campuran makanan mengubah sifat asal haiwan. Walau bagaimanapun, haiwan tersebut harus dimakan selepas dikuarantin. Fatwa ini berasaskan qiyas terhadap haiwan jallalah.

Pandangan ini dipersetujui beberapa ilmuwan seperti Syeikh Prof. Muhammad Abu Zuhrah dan Mustafa al-Adawi. Fatwa ini sesuai dipraktikkan jika haiwan yang memakan makanan tersebut memenuhi syarat-syarat haiwan jallalah.


*Pendapat 3: Haram Dimakan Sebelum Dikuarantin

Sekiranya makanan mengubah sifat asal haiwan. Hal ini berdasarkan qiyas terhadap jallalah, dengan memilih pandangan mazhab Hambali dan Zahiri. Fatwa ini merupakan fatwa Syeikh bin Baz dan Syeikh Soleh bin Fauzan.

*Pendapat 4 : Haram Dimakan Jika Bercampur Dengan Najis Berkait Dengan Babi

Terdapt kajian yang membuktikan perbezaan babi jika dibandingkan dengan haiwan lain. Sel-sel babi dikatakan dominan, tidak berubah, malah dalam sesetengah keadaan mendominasi sel-sel haiwan lain. Demikian pandangan Syeikh Dr. Abdul Nasir Abu al-Basal; ulama Jordan. Fatwa ini praktikal dalam kes ayam yang diberikan hydrolysed protein dan kes-kes seumpamanya. 

*Pendapat 5: Haram Secara Mutlak

Melibatkan kes-kes berkaitan penternakan ikan air tawar, terutamanya keli dan patin, yang dilaporkan melibatkan pemberian makanan bersumberkan najis serta penternakan dalam tempat bernajis.

Menurut mereka yang mengeluarkan fatwa ini, daging haiwan yang memakan makanan tersebut telah bercambah daripada sumber yang haram. Dalam kes makanan yang melibatkan sumber babi, babi merupakan najis berat. Tambahan lagi, tidak ada cara yang boleh memisahkan najis tersebut daripada haiwan. Fatwa ini turut diwartakan berasaskan kaedah Sad al-Zari'ah, sebagai langkah berjaga-jaga daripada terjerumus ke lembah yang haram.

Ini merupakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada persidangan sesi 4-6 April 2006, dan majlis Fatwa Negeri Kelantan. Juga merupakan fatwa pilihan beberapa tokoh ilmuwan tempatan seperti Tan Sri Dato' (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria; Mufti Perak dan Dato' Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid; Mufti Selangor.

Fatwa ini dianggap pratikal dalam kes-kes yang mendatangkan mudarat dan kesan buruk kepada pengguna.


*Dari : Majalah Solusi (Issue 82) m/s 88 & 89
*Penulis : Ahmad Shamil Shahrin, lulusan Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh UIAM.
                 & Pendakwah bebas di bawah Program Bridged Ceramah, MUIP.
#www.facebook.com/kembara.daie









Sunday, September 13, 2015

Mari Memasak : Siakap Stim @ Kukus

Assalamualaikum..

Semalam hari minggu, disuruh oleh Pn. ibu yang 'request' kita masak Siakap Stim @ kukus campak-campak kita.. hehe. 'Actually' ini kali ketiga kita masak baru terasa nak 'share' resepi.. Kenapa tunggu 3 kali buat baru nak 'update' resepi.. sebab musabab nyew adalah untuk memastikan masakan yang kita buat itu tidak di'copy' dari mana-man pihak & selalunya keenakan itu datang bila kita dah buat menu lebih dari 2 kali... yg kali ketiga kalau ada orang 'request' bermakna sedap lah tu masakan kita.. haha... jangan percaya bida'ah semua tu... :)

Ok.. bahan-bahan yang diperlukan untuk 'Siakap Stim @ Kukus' ialah :

1. Ikan Siakap (2 ekor)... (p/s: beli yang blom siap siang.. sebab saya pn. Ibu suh belajar siang ikan
  besar-besar ni sebab nanti kalau suami mintak makan ikan besar-besar da taw cam ne nak siang...
  itu kate nyew... huhu)

2. Serai ( 3 batang siap diracik nipis)
3. Halia ( 1/2 ulas cincang halus... letak lebih pon tak pe.. Pn.Ibu cakap bole buang angin)
4. Bawang putih (6 biji cincang halus )
5. Bawang besar (1 ulas cincang halus jugak)
6. Daun Ketumbar ( suku genggam cincang halus jugak)
7. Lemon ( 1 biji ) @ Limau Purut ( 3 biji)
8. Sos Tiram ( 2 sudu besar)
9. Tomato ( 2 biji potong dadu)
10. Lada cili ( 7-15 batang.. ikut tahap kepedasaan dihiris)
11. Garam secukup rasa


Cara-cara Membuat ialah :

1. Masak air untuk panaskan kukus... sementara menyiang ikan.. setelah selesai lumur ikan dengan
   garam dan letakkan ikan dalam loyang dan kukus.
2. Tunggu selama 5 minit masukkan serai, halia, bawang putih, bawang besar dan kukus lagi    
    sehingga 10 minit.. untuk naik bau.. tambahkan air untuk kuah ikan.
3. Selepas itu, masukkan sos tiram, garam, tomato dan lada cili. dan kukus sehingga ikan betul-betul
    masak.
4. Akhir sekali, perahkan jus limau atau lemon.. klaw lepon bole potong nipis2 lepas perah.. dan
    masukkan daun ketumbar dan kukus sehingga bau ketumbar naik dan ikan masak.. lepas tu bole
    hidang.. ;)

Taraa!!
(p/s : abaikan gambar jari kaki itu yew!)




Thursday, September 10, 2015

Nasihat Terbaik Tentang Kaum Hawa

Assalamualaikum :)

Nasihat terbaik tentang kaum wanita....

1. Perempuan tidak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah berpesan tak bertudung akan
    Terseksa Di Akhirat.

2. Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh
    yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

3. Isteri yyang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum
    tidur.

4. Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

5. Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

6. Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha
    untuk menjadi ahli ahli syurga.

7. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang
    tetapi tidak boleh disentuh.

8. Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadarisuaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

9. Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah
    perbuatan maksiatnya.

10. Perempuan yang bersalaman dengam suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan
     suaminya ada.

11. Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah.

12. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai
      jihad.

13. Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

14. Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

15. Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita
      solehah sukar ditemui.

16. Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia
      mencium bau syurga.

17. Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.


#towomen
#sharingilmu
#manfaat
#copypaste


Sunday, September 6, 2015

Kehebatan Doa Ibu Membahagiakan Anak

#kongsibersama

Assalamualaikum...

Permohonan Tulus Ikhlas, Berterusan Pasti Dapat Redha Illahi...

Doa ibu ialah senjata yang sangat ampuh mengiringi kehidupan anak dan keluarga mendapat kedudukan yang baik di sisi Allah SWT. Kelemahan dimiliki anak atau terdapat pada sebuah keluarga bukan penghalang kepada ibu untuk mendoakan yang terbaik daripada Allah SWT.

Lebih utama, ialah doa itu disertakan perasaan bergantung harap hanya kepada Allah SWT untuk merubah banyak perkara.

Firman Allah SWT yang bermaksud : " Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi ini?? Apakah di samping Allah SWT ada tuhannya (yang lain)?? Amat sedikitlah kamu mengingatiNya". (Surah Al-Naml, Ayat 62).

Adakala Allah SWT menguji hambaNya sehingga dia berasakan sangat terdesak dan tersepit, namun keadaan sebeginilah yang mendorong hamba untuk kembali kepada Allah SWTserta mengingatkannya untuk terus berdoa. Hanya Allah SWT tempat untuk kita mengadu dan meminta pertolongan untuk keluar daripada kesempitan yang melanda. Doa seorang ibu yang hebat seharusnya merangkumi ketulusan hati, pergorbanan terhadap keluarga, kesungguhan dan sentiasa berterusan.

Berdoa kebaikan anak, keluarga. Ibu yang istiqamah berdoa kebaikan anak dan keluarga mengambil contoh doa nabi dan rasul untuk zuriat keturunan mereka. Contoh doa Nabi Ibrahim dalam Surah Al- Baqarah, ayat 124 yang bermaksud: "Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Selepas itu) Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin Ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata : (Ya Tuhanku! ) Jadikanlah juga (apalah juga kiranya) dari keturunanku (pemimpin ikutan). Allah berfirman : (Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang yang zalim".

Nabi Ibrahim diuji pelbagai ujian oleh Allah SWT, namun Baginda tetap sabar dan menunaikan segala perintah Allah SWT. Maka Allah SWT telah menjanjikan ganjaran sebagai pemimpin bagi manusia dan Nabi Ibrahim tidak melupakan keturanan Baginda, iaitu meminta ganjaran yang sama untuk keturunannya.

Nabi Ibrahim juga memohon doa kepada Allah SWT, " Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur." ( Surah Ibrahim, ayat 37).

Ibu bapa perlu mengambil tahu dimana anak berada, dengan siapakah mereka bersahabat dan semua ini untuk kebaikan menuju keredhaan Allah SWT, seperti Nabi Ibrahim meletakkan zuriat keturunan Baginda di Makkah supaya mereka taat menunaikan solat dan bersyukur kepada Allah SWT.

Nabi Ibrahim menitikberatkan ibadah solat dalam doa Baginda kerana solat paling mudah untuk diabaikan, bukan sahaja dalam kalangan anak, malah ibu bapa juga. Bagi mereka yang lalai, solat sangat berat untuk dilakukan kecuali bagi mereka yang khusyuk.

Apabila kita lalai menunaikan solat, ditakuti lama kelamaan kita akan terus meninggalkan ibadah wajib itu dengan pelbagai alasan demi mewajarkan diri. Lama kelamaan hati yang dahulunya gelisah apabila tidak menunaikan solat tidak lagi berasa bersalah dan berdosa.Jangan tinggalkan doa memohon diri dan zuriat keturunan menjadi golongan yang mendirikan solat.

Seterusnya, Nabi Ibrahim berdoa: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami menyembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah SWT! Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan." (Surah Ibrahim, ayat 38-39).

Lupa Bersyukur Dengan Nikmat

Selalunya kita berdoa apabila memerlukan sesuatu dan selepas mendapat yang dihajati, kita berhenti berdoa. Manusia sentiasa lupa untuk bersyukur dengan nikmat dan tidak berkeyakinan bahawa Allah SWT : "Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan," (Surah Ibrahim, ayat 40-41)

Ibu bapa hendaklah sentiasa memperbaiki doa dan jadikan doa Nabi Ibrahim sebagai doa harian. Semoga dengan doa ini Allah SWT akan menjaga diri dan seluruh zuriat keturunan kita seperti mana Allah SWT menjaga Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Ishak.

Retype dari Slot Agama / Akhbar Berita Harian
* Dari Penulis : Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm.

#sharingknowledge
#insyaAllah


Wednesday, September 2, 2015

Making Your Own Fishball

#throwback

Assalamualaikum !

Hari ini saya agak free sedikit...  jadi boleh 'update' ilmu yang ada.. hehe..

Untuk entri kali ini saya akan ajar macam mana nak 'Making Your Own Fishball'..

Pada 15 Jun yang lepas, office saya menganjurkan Kursus Pendek membuat Fishball atau Bahasa Melayu nya dipanggil Bebola Ikan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan  Perikanan Malaysia (LKIM).

Bahan Yang Diperlukan ialah :-

1. Surimi
    ( Surimi ialah perkataan Jepun yang membawa maksud isi ikan yang berwarna putih seperti ikan
      merah, ikan senangin, ikan bawal, ikan jelawat, ikan parang dan etc. sahaja)
2. Garam Halus
3. Bahan perasa (MSG)
4. Kanji atau Tepung gandum High Protein
5. Air Sejuk ( Berais )
6. Air Suam ( Untuk proses pemejalan)
7. Air Panas ( Untuk proses pemejalan ke 2)


Jadi sukatan bahan di atas adalah untuk menghasilkan 1.5 kg bebola ikan ( Fish ball)

Ok.. saya upload carta pemprosesan pembuatan Bebola Ikan @ Fish ball





Untuk pemahaman yang pada proses pemejalan pertama hendaklah menggunakan air suam dan proses pemejalan kedua menggunakan kaedah rebusan... kemudian toskan dan sejukkan tanpa masukkan dalam peti ais..

Untuk page yang last skali tu saya snap kan pembekal surimi di Mersing , Johor.. Surimi bahan utama yang digunakan dalam pembuatan Fish ball (bebola Ikan ) dan Fish Cake ( Kek ikan)...

Sekian :)

*p/s: kalau ada yang tak paham boleh comment di ruangan comment..

T.Kasih

#marimasakmasak
#alwayssmile